Mengapa Siti Nurhaliza Tetap Artis Nombor 1 Negara Bukan Artis Lain?

Baru-baru ini pada malam  Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 34, kita semua dikejutkan dengan penampilan khas penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Penampilannya di minit akhir persembahan ‘Anta Permana’ bersama penyanyi gantian Bob Yusof membuat ramai peminat muzik tempatan teruja.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kemunculan kembali Dato Siti Nurhaliza menjadi trending di media sosial. Menerusi Facebook Mohszin Mokhtar, menjawab persoalan mengapa Siti Nurhaliza diangkat sebagai ‘penyanyi nombor 1 negara’ walaupun sudah lama di dalam industri, bukannya penyanyi baru yang semakin meningkat naik.




••Sebuah Epitome Bernama SITI NURHALIZA••

Sebelum apa-apa, saya perlu nyatakan bahawa saya bukanlah peminat Siti Nurhaliza.

Saya menulis berdasarkan pemerhatian saya.

Anak saya pernah bertanya - kenapa setiap kali diumum nama Siti Nurhaliza, pengacara mesti akan perkenalkan Siti sebagai "penyanyi nombor 1 negara"? Lagu bukan sedap sangat katanya!

Kenapa bukan Sufian Suhaimi? Aiman Tino? Floor 88? Wany Hasrita? Hakiem Rusly? K-Klique?

Jawapan saya mudah. Faizal Tahir, Hafiz Shuib dan Siti Nurdiana pun tidak layak - takkan lah nama-nama yang anak saya sebut layak!

Tapi sebenarnya bila kita fikirkan semula, Siti Nurhaliza adalah antara sedikit perkara yang tidak mahu diubah oleh generasi berumur 30-50 tahun. Ya, generasi saya dan majoriti rakan-rakan saya.

Ya, kita sudah mengubah dunia. Generasi kitalah yang berubah - lantas mengubah dunia.

Dari telefon ke smart phone, dari bungkus mamak ke Food Panda. Dari teksi ke Grab. Dari TV ke Netflix. Dari surat ke SMS ke Whatsapp. Dari diari ke Myspace ke Facebook. Dari shopping mall ke Lazada & Shopee.

Dari Siti Nurhaliza ke... Siti Nurhaliza!

Ya, zaman berubah. Tapi peminat Siti Nurhaliza tidak! Ini yang hebatnya.

Dan peminat Siti Nurhaliza sekarang adalah dari kalangan yang berduit. Konsert tiket RM400 sold out.

Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan 2 lagi artis bergabung untuk membuat konsert tiket RM80 pun - terpaksa batal kerana tidak cukup pembeli tiket!

Periuk dijual Siti Nurhaliza mencatat jualan jutaan ringgit... Dalam masa 2 jam!!

Siti juga masih gah sebagai model produk-produk lain. Selain produk sendiri.

Ya, pada akhirnya nilai komersil yang penting. Adakah peminat anda sanggup mengeluarkan duit untuk melihat anda menyanyi, beli produk anda atau beli produk yang anda duta nya.

Peminat sekadar suka dan tonton free di YouTube tidak akan menjadikan anda penyanyi nombor satu negara! Tidak akan.

Kekadang kita lihat Siti Nurhaliza juga dikecam. Biasanya oleh netizen yang asyik berpolitik. Bahawa Siti juga berpolitik. Tidak, Siti tidak berpolitik.

Berpolitik untuk selebriti adalah menggunakan kedudukan atau populariti untuk meraih sesuatu. Sama ada populariti lebih tinggi, atau kedudukan, atau job.

Siti tidak perlukan itu semua.

Siti konsisten meminati Tun M sebelum Tun M jadi PM ke-7 lagi. Tidak lalang seperti artis lain. Dan Siti tidak dibayar untuk sebarang penampilan politik. Malah tidak pernah bercakap pasal mana-mana parti.

Yang mengecam Siti adalah bukan dari kalangan orang yang membeli tiket konsert Siti. Orang yang membeli tiket, relax sahaja.

Maka, mungkin kita boleh bersetuju bahawa Siti bukan sahaja epitome kepada penyanyi Malaysia. Malah berkataan epitome itu pun selayaknya dipanggil "Siti Nurhaliza".

Lee Chong Wei adalah "Siti Nurhaliza" atlit negara. Atau Rosyam Nor adalah "Siti Nurhaliza" bagi pelakon. Boleh begitu?

Peace.

Sumber : Mohszin Mokhtar

Hukum Solat Pakai Topeng Muka / Mask Menurut Mufti Wilayah Persekutuan

Masjid dan surau adalah antara tempat kunjungan orang ramai terutamanya pada waktu Solat Jumaat bagi kaum lelaki. Jadi mungkin ada yang mempersoalkan apakah hukum solat dengan memakai penutup muka adakah ianya dibolehkan ketika sedang mengerjakan solat?

Berikut di bawah adalah penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dikongsikan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.



HUKUM SOLAT PAKAI TOPENG MUKA / SURGICAL MASK 

SOALAN:

Assalamualaikum tuan, apakah hukumnya solat seseorang dalam keadaan mulutnya tertutup seperti memakai topeng yang menutup mulut atau menutupnya dengan serban.

JAWAPAN:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ السَّدْلِ فِي الصَّلاَةِ وَأَنْ يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang meleretkan pakaian di dalam solat serta (melarang) seseorang lelaki itu menutup mulutnya (di dalam solat).

Riwayat Abu Daud (643)

Hadis di atas secara jelas menunjukkan terdapatnya sighah larangan ke atas perbuatan menutup mulut semasa solat. Cumanya para ulama berbeza pandangan samada larangan tersebut membawa kepada hukum haram ataupun makruh.

Imam Al-Khattabi Rahimahullah dalam syarahannya ke atas hadis ini berkata: Antara adat orang arab adalah menutup mulut mereka dengan menggunakan serban, maka mereka ditegah dari melakukan perbuatan tersebut di dalam solat. Melainkan orang yang sedang solat itu menguap, maka dia menutup mulutnya pada waktu tersebut berdasarkan hadis yang menyebutkan tentangnya. Rujuk Ma’alim Al-Sunan, Al-Khattabi (1/179).

Ini membawa erti, perbuatan menutup mulut di dalam solat secara umumnya adalah dilarang. Namun di sana terdapat pengecualian ketika seseorang itu menguap maka dia dituntut untuk menutup mulutnya dan perbuatan tersebut tidaklah dilarang meskipun dalam keadaan sedang menunaikan solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فِيهِ

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu menguap maka hendaklah dia meletakkan tangannya ke mulutnya (menutup mulutnya).

Riwayat Al-Tirmizi (2746)

Imam Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan larangan di dalam hadis tersebut membawa kepada hukum makruh. Ini dapat dilihat berdasarkan kata-kata beliau:

وَيكرهُ أَن يُصَلِّي فِي ثوب فِيهِ صُورَة وَأَن يُصَلِّي الرجل متلثما وَالْمَرْأَة منتقبة

Maksudnya: Dan dimakruhkan bagi seseorang yang solat dengan memakai baju yang terdapat gambar padanya, juga makruh seorang lelaki solat dalam keadaan menutup mulut, dan (makruh juga) seorang perempuan yang solat dengan memakai niqab.[1] Lihat Al-Iqna’, Al-Khatib al-Sharbini (1/124).

Secara asasnya, para ulama ada mengulas mengenai beberapa faktor yang menjadi asas larangan perbuatan menutup mulut di dalam solat.

Antaranya:

Pertama: Ia merupakan perbuatan kelompok Majusi.

Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Syaukani yang berkata: Telah berkata Ibn Hibban: Kerana ia (menutup mulut) adalah antara perbuatan kelompok Majusi. Beliau berkata lagi: Sesungguhnya larangan menutup mulut di dalam solat adalah apabila ia dilakukan dalam tempoh yang lama. Bukanlah ia turut dilarang ketika menguap dengan kadar yang mampu menahan (menguap). Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani.

Kedua: Ia menghalang kesempurnaan bacaan al-Quran serta sujud.

Kata Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari: Golongan Arab dahulu menutup mulut mereka dengan serban mereka. Mereka menjadikan bahagian hujung serban tersebut di bawah leher mereka. Lalu mereka menutup mulut mereka supaya tidak dimasuki udara yang bercampur dengan debu disebabkan panas atau sejuk. Kerana ia menghalang kesempurnaan bacaan (dalam solat) serta menghalang kesempurnaan sujud. Lihat Mirqat al-Mafatih, Mulla Ali al-Qari (2/636).

Meskipun begitu, terdapat para fuqaha lainnya yang membenarkan menutup mulut di dalam solat sekiranya terdapat hajat keperluan yang menggesa kepadanya.

Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibn Qudamah bahawa Imam Ibn Abd al-Bar berkata: ‘’Para ulama telah ijma bahawa hendaklah seorang wanita itu membuka wajahnya ketika solat dan ketika ihram. Ini kerana menutup wajah dan mulut akan mengganggu terkenanya dahi dan hidung (ke tempat sujud). Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melarang akan hal tersebut. Namun sekiranya ada hajat seperti terdapatnya ajnabi (lelaki asing) maka tidak makruh. Begitulah juga dengan lelaki, akan hilang kemakruhan (menutup mulut semasa solat) apabila ada hajat kepadanya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/432).

KESIMPULAN

Sebagai penutup, setelah kami meneliti beberapa pandangan di atas maka kami memperincikan jawapan kepada persoalan ini seperti berikut:

Hukum menutup mulut di dalam solat tanpa sebarang sebab adalah makruh. Ini kerana, larangan di dalam hadis tersebut tidak menetapkan sebarang hukuman sama ada duniawi atau ukhrawi sehingga menjadikan perbuatan tersebut haram.

Begitu juga perbuatan tersebut tidaklah memberi kesan kepada kesahihan solat. Ini kerana larangan ke atas perbuatan menutup mulut di dalam solat datang dari jihah munfakkah (sudut yang berasingan) dari solat. Dalam erti, ia tidak memberi kesan kepada rukun mahupun syarat sah solat.

Sekiranya seseorang itu menutup mulutnya di dalam solat kerana ingin mengelakkan habuk atau debu yang bertebaran, kami lebih cenderung mengatakan bahawa ianya diharuskan. Ini kerana terdapatnya hajat dan keperluan kepada hal tersebut.

Akhir kata, semoga pencerahan ini dapat memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amin.

 *Sumber dari : Mufti WP Official Website

BERKESAN! AIR REBUSAN KISMIS BOLEH SINGKIRKAN RACUN DARI BADAN ANDA!

Berkesan! Singkirkan Racun Dari Badan Dengan Air Rebusan Kismis




Adakah anda pernah mendengar tentang manfaat air kismis? Sungguh mengagumkan serta penambahan nutrisi yang begitu baik untuk dimakan sehari-hari, terutama untuk meningkatkan kesihatan hati.

Hati serta buah pinggang merupakan organ penting untuk bersihkan darah, menyingkirkan toksin dan logam berat yang terkumpul dalam tubuh serta akhirnya boleh membuat anda sakit. Namun terkadang beberapa fungsi utama tergendala kerana pola makan yang tidak sekata, makan makanan berlemak terlalu banyak, atau kebiasaan kehidupan seharian yang tidak terurus.

Jadi apa rahsia besar di sebalik air kismis? Air Kismis dapat merangsang sistem biokimia tertentu dalam hati yang menolong detoksifikasi aliran darah anda bekerja lebih efektif. Manfaat air kismis sebahagian besar datang dari buah anggur sendiri, yang anda mungkin sudah tahu tentangnya. Bila anda ikuti rawatan ini sepanjang empat hari berturut-turut, anda bakal lihat kesihatan pencernaan anda bertambah serta anda mempunyai lebih banyak tenaga.

Doktor sering mengesyorkan untuk anda pengambilan kismis di pagi hari untuk menjaga lebih baik kesihatan hati anda, menghilangkan kolesterol tidak diperlukan, turunkan kadar trigliserida, serta mencegah sembelit atau sakit perut.

Kismis iaitu sumber semula jadi vitamin serta mineral, namun manfaatnya bakal meningkat cepat bila anda pengambilan air rendaman kismis ini. Hal semacam ini kerana kandungan gulanya yang kurang.

Sebuah sumber alami antioksidan 

Begitu penting untuk diingat kalau kismis iaitu salah satu yang sumber semula jadi paling baik daripada anti-oksidan.

Ksimis yang disebut anggur kering kaya dengan bioflavonoid yang membantu melindungi anda dari radikal bebas serta menguatkan pertahanan badan dalam melawan penyakit.

Minum air kismis sepanjang empat hari berturut-turut sekurang-kurangnya satu bulan sekali bakal menolong organ hati anda lebih baik dalam menjalankan fungsinya.

Minum air kismis iaitu cara mudah tetapi berkesan untuk membersihkan aliran darah serta merangsang manfaat hati yang baik, serta meningkatkan pencernaan anda. Hal seperti ini mendorong pemisahan gastrik, menolong anda memproses makanan anda lebih baik serta menyerap nutrisi. Anda bakal mula lihat manfaat ini sekitaran dua hari selepas memulakan minum air kismis ini.

Cara Menyediakan Air Kismis 

Bahan-bahan:

400 ml air / 2 cawan air
150 grm Kismis

Langkah-langkah: 

1. Tentukan kismis dengan Kualiti yang baik, baiknya tentukan Kismis organik.
2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan Kismis lalu didihkan selama 20 minit. Matikan api, tutup periuk.
3. Biarlah Kismis terendam semalaman.
4. Pada keesokan harinya, saring dan tuangkan kedalam gelas air Kismis itu.
5. Minum pada pagi hari waktu perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan.
6. Lakukan ini sekurang-kurangnya 4 hari berturut-turut sebulan sekali untuk mendapatkan hasil maksimum.

TEKNIK BERKESAN! CARA MENGHALAU DAN MEMERANGKAP LIPAS YANG BERSARANG DI DALAM KERETA

TEKNIK BERKESAN! CARA MENGHALAU DAN MEMERANGKAP LIPAS YANG BERSARANG DI DALAM KERETA



Kajian menunjukkan lipas merupakan serangga yang paling dibenci ramai di dunia. Baik lelaki mahupun wanita, rata-ratanya tidak ramai yang selesa apabila terserempak dengan serangga ini.

Kebolehan lipas untuk hidup di mana-mana permukaan di bumi menyebabkan ianya dikenali sebagai serangga yang paling tinggi daya ketahanan hidupnya.

Baik di hutan, di pejabat, di rumah kediaman mahupun di dalam kenderaan anda, kehadirian serangga ini pastinya amat tidak dialu-alukan.

Di sini, kami ingin berkongsi tentang cara-cara yang efektif bagi memerangkap lipas yang bersarang di dalam kenderaan anda.

Antara cara-caranya…


1. Gunakan kapur semut/lipas

Beli kapur untuk halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta.
Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

2. Gunakan racun semburan pelbagai guna yang ada kat pasaran

Sebaiknya carilah racun yang jenis mesra alam dan tak berbau busuk.

3. Gunakan daun pandan (paling efektif dan mesra alam)

Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je).
Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta.
Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.

4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yang dijual di pasaran

Sekarang ini banyak perangkap lipas/serangga moden yang dijual di pasaran. Anda boleh mencubanya atau membuat sendiri perangkap berkenaan.

PENIAGA ONLINE: ANDA MELAKUKAN DOSA TANPA ANDA SEDAR. POINT NO 11 & 13 TU RAMAI ORANG BUAT

PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami..




Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.

2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.

3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. 

Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.

7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.

Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.


Sumber : Facebook

KETAHUI 5 TIPS PENJIMATAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN DENGAN BIJAK DARI TNB



Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

BENTUK MUKA DAN FESYEN RAMBUT KHAS UNTUK LELAKI KELIHATAN LEBIH KACAK

FESYEN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI

Bentuk Muka Dan Fesyen Rambut, Khas Untuk Lelaki Kelihatan Lebih Kacak


Tidak ada yang lebih teruk daripada mendapati rambut anda tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Kita sedia maklum Trend dan gaya  rambut berubah sepanjang masa, namun bukan semua gaya dan potongan rambut sesuai dengan semua orang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kira apabila memilih gaya dan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah kita.

Sesetengah lelaki akan mengambil gambar dan mengubah sedikit  bentuk muka mereka dengan menggunakan aplikasi dan software di dalam smartphone dan seterusnya memuatnaik gambar yang telah diubah itu ke dalam akaun facebook mereka.  Majoriti akan mahu bentuk muka yang lebih menarik seperti bentuk muka yang lebih panjang dan pipi yang cengkung untuk mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Ramai yang di antara kita datang ke salon dengan  membawa gambar atau membelek majalah yang disediakan untuk dijadikan panduan untuk potongan atau gaya rambut mereka. Tahukah anda ada di antara idea-idea tersebut, ada yang tidak sesuai dengan bentuk wajah kita. Jadi, adalah amat  penting untuk kita berbincang terlebih dahulu dengan stylist atau pendandan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kita tidak mahu apabila sudah selesai memotong, rambut potongan dan gaya yang terhasil tidak seperti yang diharapkan dan menyebabkan kita malu dengan rambut kita sendiri.

JENIS-JENIS BENTUK MUKA DAN CADANGAN POTONGAN RAMBUT YANG SESUAI

BENTUK MUKA BUJUR / OVAL FACE SHAPE



Bentuk muka ini dianggap sebagai bentuk muka yang sesuai dengan wanita, tetapi jarang lelaki memiliki bentuk muka ini. Muka bujurumumnya adalah sesuai dengan mana-mana gaya rambut dalam sebarang bentuk mahupun pendek atau panjang, kerana ia adalahberkadar seimbang. Bukan sahaja anda boleh memakai  pelbagai bentuk cermin mata hitam yang anda suka, tetapi anda juga mempunyai kebebasan untuk bereksperimen dengan rambut anda.

Satu-satunya perkara yang perlu anda elak adalah membiarkan pinggir rambut anda panjang, kerana ini boleh membuat wajah anda kelihatanbulat. Bentuk kepala yang bujur membolehkan mereka  menggayakan rambut menyikat ke atas dari dahi dan juga anda boleh memotong gayapanjang atau pendek.

CONTOH STYLE



BENTUK MUKA PERSEGI / SQUARE FACE SHAPE


Seorang lelaki yang mempunyi bentuk muka persegi dianggap kuat dan maskulin. Apabila mereka memotong rambut mereka, majoriti gaya mereka pilih adalah squarer dan banyak  bersudut.

Rahang yang kuat adalah ciri yang terselah bagi wajah persegi, yang membuat muka kelihatan kuat dalam penampilan. Sama seperti bujur, bentuk muka persegi sesuai dengan pelbagai gaya, tetapi rambut di sekitar garis rambut selalunya boleh kelihatan lebih baik jika ia adalah lebih lembut di tepi.

Rambut pendek kelihatan hebat dan benar-benar meningkatkan ciri-ciri wajah - ia bergantung kepada sama ada anda mahu muka atau rambut anda menjadi tarikan utama.

CONTOH STYLE


BENTUK MUKA BUJUR PANJANG / OBLONG FACE SHAPE

Bentuk muka ini adalah lebih panjang daripada muka bujur.

Cuba untuk mengelak daripada mengambil sisi terlalu singkat jika anda mahu menyimpan rambut panjang di atas, kerana ini akan menyerlahkan panjang muka dan membuat ia kelihatan lebih bujur lagi. Bentuk muka ini sesuai mempunyai rambut yang digayakan ke muka untuk mengurangkan kemunculan muka yang panjang dan mengekalkan keseimbangan.


BENTUK MUKA BULAT / ROUND FACE SHAPE


Memilih gaya rambut untuk muka berbentuk bulat bergantung sepenuhnya kepada apa ciri-ciri / kawasan seseorang individu itu ingin ditunjukkan atau disembunyikan.

Muka berbentuk bulat tidak mempunyai sudut, oleh itu adalah penting untuk memilih gaya rambut yang dipotong setengah pendek dengan sisi yang pendek  atau potongan menegak dengan sedikit tinggi dan sisi juga pendek. Ia tidak perlu menjadi rambut spike. Ini dapat menyembunyikan muka bulat anda.

Cuba elakkan memotong dengan pinggir tajam kerana ianya hanya menyerlahkan bentuk bulat semulajadi bentuk muka anda. Yang pentingnya potong sisi rambut anda dengan potongan pendek untuk membantu menangani muka menjadi semakin bulat.

CONTOH STYLE


MUKA BERBENTUK BERLIAN / DIAMOND FACE SHAPE


Lelaki dengan bentuk muka berlian mempunyai pipi menonjol dan dahi dan dagu yang agak sempit

Elakkan potongan terlalu tipis di tepi kerana ini akan membuat telinga seperti terkeluar. Juga anda mesti mengelak gaya rambut terlalu lurus. Biarkan ianya kelihatan lebih semula jadi dan berombak kerana akan melembutkan ciri-ciri wajah anda.

CONTOH STYLE



MUKA BENTUK HATI / HEART FACE SHAPE


CONTOH STYLE



MUKA BERBENTUK HAMPIR TIGA SEGI / TRINGULAR FACE SHAPE


Bertentangan dengan wajah berbentuk hati, lelaki dengan bentuk ini mempunyai rahang yang luas dan dahi sempit.

Malangnya, ia adalah amat sukar untuk memilih gaya rambut untuk bentuk wajah ini. Anda dicadangkan memotong dengan gaya rambut yang lebih panjang tetapi dengan banyak lapisan untuk menambah lebar kepala anda. Sedikit potongan pendek di sisi juga boleh membantu melembutkan bayang.

Jika anda menggayakan rambut anda panjang dengan bentuk muka ini, cuba untuk elakkan layer terlalu banyak di seluruh muka kerana ini hanya akan menyerlahkan rahang itu.

CONTOH STYLE



PENUTUP

Kesimpulannya, pastikan anda benar-benar tahu bentuk muka anda dan pastikan gaya dan potongan rambut yang anda ingin hasilkan bersesuaian dengan bentuk muka anda.

Seperti biasa, nasihat yang terbaik yang boleh diberikan adalah minta profesional (stylist anda) gaya rambut apa yang mereka fikir akan sesuai dengan bentuk wajah anda, kerana kebanyakan mereka akan mempunyai pengetahuan yang hebat tentang potongan yang anda perlukan untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu dan membantu anda kelihatan  terbaik.

Sumber: trendmalaya.com

TERKINI! TREND FESYEN SELIMUT YANG ANEH DI THAILAND


TERKINI! TREND FESYEN SELIMUT DI THAILAND



Thailand adalah sebuah negara beriklim tropika seperti di Malaysia. Malah orang di Thailand suka berjenaka dengan mengatakan bahawa negara mereka mempunyai tiga iklim iaitu,  panas, sangat panas, dan terlebih panas.



Namun, minggu lalu negara tersebut dikejutkan dengan cuaca sejuk yang tidak pernah dialami mereka dan ini turut dirasai di ibu kota Bangkok. Suhu 16 darjah Celcius itu membuat penduduk di sana tidak biasa sehingga ada yang membuat unggun api di tepi jalan sehingga memakai selimut untuk berjalan. Selain jaket tebal untuk musim sejuk, selimut tebal dan bedcover menjadi tren fesyen di jalanan.