Mengapa Siti Nurhaliza Tetap Artis Nombor 1 Negara Bukan Artis Lain?

Baru-baru ini pada malam  Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 34, kita semua dikejutkan dengan penampilan khas penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Penampilannya di minit akhir persembahan ‘Anta Permana’ bersama penyanyi gantian Bob Yusof membuat ramai peminat muzik tempatan teruja.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kemunculan kembali Dato Siti Nurhaliza menjadi trending di media sosial. Menerusi Facebook Mohszin Mokhtar, menjawab persoalan mengapa Siti Nurhaliza diangkat sebagai ‘penyanyi nombor 1 negara’ walaupun sudah lama di dalam industri, bukannya penyanyi baru yang semakin meningkat naik.




••Sebuah Epitome Bernama SITI NURHALIZA••

Sebelum apa-apa, saya perlu nyatakan bahawa saya bukanlah peminat Siti Nurhaliza.

Saya menulis berdasarkan pemerhatian saya.

Anak saya pernah bertanya - kenapa setiap kali diumum nama Siti Nurhaliza, pengacara mesti akan perkenalkan Siti sebagai "penyanyi nombor 1 negara"? Lagu bukan sedap sangat katanya!

Kenapa bukan Sufian Suhaimi? Aiman Tino? Floor 88? Wany Hasrita? Hakiem Rusly? K-Klique?

Jawapan saya mudah. Faizal Tahir, Hafiz Shuib dan Siti Nurdiana pun tidak layak - takkan lah nama-nama yang anak saya sebut layak!

Tapi sebenarnya bila kita fikirkan semula, Siti Nurhaliza adalah antara sedikit perkara yang tidak mahu diubah oleh generasi berumur 30-50 tahun. Ya, generasi saya dan majoriti rakan-rakan saya.

Ya, kita sudah mengubah dunia. Generasi kitalah yang berubah - lantas mengubah dunia.

Dari telefon ke smart phone, dari bungkus mamak ke Food Panda. Dari teksi ke Grab. Dari TV ke Netflix. Dari surat ke SMS ke Whatsapp. Dari diari ke Myspace ke Facebook. Dari shopping mall ke Lazada & Shopee.

Dari Siti Nurhaliza ke... Siti Nurhaliza!

Ya, zaman berubah. Tapi peminat Siti Nurhaliza tidak! Ini yang hebatnya.

Dan peminat Siti Nurhaliza sekarang adalah dari kalangan yang berduit. Konsert tiket RM400 sold out.

Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan 2 lagi artis bergabung untuk membuat konsert tiket RM80 pun - terpaksa batal kerana tidak cukup pembeli tiket!

Periuk dijual Siti Nurhaliza mencatat jualan jutaan ringgit... Dalam masa 2 jam!!

Siti juga masih gah sebagai model produk-produk lain. Selain produk sendiri.

Ya, pada akhirnya nilai komersil yang penting. Adakah peminat anda sanggup mengeluarkan duit untuk melihat anda menyanyi, beli produk anda atau beli produk yang anda duta nya.

Peminat sekadar suka dan tonton free di YouTube tidak akan menjadikan anda penyanyi nombor satu negara! Tidak akan.

Kekadang kita lihat Siti Nurhaliza juga dikecam. Biasanya oleh netizen yang asyik berpolitik. Bahawa Siti juga berpolitik. Tidak, Siti tidak berpolitik.

Berpolitik untuk selebriti adalah menggunakan kedudukan atau populariti untuk meraih sesuatu. Sama ada populariti lebih tinggi, atau kedudukan, atau job.

Siti tidak perlukan itu semua.

Siti konsisten meminati Tun M sebelum Tun M jadi PM ke-7 lagi. Tidak lalang seperti artis lain. Dan Siti tidak dibayar untuk sebarang penampilan politik. Malah tidak pernah bercakap pasal mana-mana parti.

Yang mengecam Siti adalah bukan dari kalangan orang yang membeli tiket konsert Siti. Orang yang membeli tiket, relax sahaja.

Maka, mungkin kita boleh bersetuju bahawa Siti bukan sahaja epitome kepada penyanyi Malaysia. Malah berkataan epitome itu pun selayaknya dipanggil "Siti Nurhaliza".

Lee Chong Wei adalah "Siti Nurhaliza" atlit negara. Atau Rosyam Nor adalah "Siti Nurhaliza" bagi pelakon. Boleh begitu?

Peace.

Sumber : Mohszin Mokhtar

KIRIM TUDUNG KE ISRAEL - PEMINAT NEELOFA 'BERTIKAM LIDAH' DI IG

Jika sebelum ini isu untung RM50 juta setahun serta unfollow akaun artis menjadi bualan hangat peminat Neelofa, terkini isu mengirimkan barang ke Israel pula menjadi perbalahan dikalangan mereka.



Semuanya gara-gara Neelofa mempamerkan resit di Instagramnya yang menampakkan alamat Israel dengan caption: "It's from Israel. IL Thank you, Alhamdulillah."

Meskipun ada yang marah dan tidak berpuas hati, namun ada juga yang setuju dengan tindakan Neelofa dan menyatakan di Israel juga ada orang Muslim yang menetap di sana.

Neelofa bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap apa yang diperbalahkan itu.

Resit yang menjadi perbalahan



"Barangkali ramai yang tak sedar mengenai hal ini. Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan.

"Sekurang-kurangnya mereka yang salah anggap itu dapat membuang tafsiran negatif dan sama-sama dapat maklumat. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam," jelasnya.

Dalam pada itu, Neelofa menganggap keputusan berurus niaga dengan penduduk Islam di Israel sebagai bukan satu kesalahan.


BARU RASA NIKMAT 'BERSUAMI' - BEKAS ISTERI SALIH YAACOB

Tidak mahu berselindung, bekas isteri Salih Yaacob, Nor Raha Hamad, 47, mengakui hatinya kini lebih tenang dan mendoakan hanya terbaik bagi kelangsungan hidup pada masa akan datang.

"Ya, saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang sudah mempunyai isteri dan bapa kepada 13 orang anak. Ini adalah jodoh yang Tuhan telah tulis buat saya," ujar Raha yang kini bahagia bersama suami barunya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Z yang dinikahinya Disember lalu.



Ingin tahu lebih lanjut mengenai perkembagan terkini dan pertemuan Raha bersama suami barunya, ikuti temubual media dengan anak kelahiran perak ini:

MEDIA: Nampak bersinar-sinar kebahagiaan di wajah Raha. Mungkin boleh kongsi sikit kehidupan sekarang.

RAHA: Jelas ke nampak bahagia itu? Alhamdulillah, saya bahagia sekarang. Kalau hendak diibaratkan, mungkin seperti burung yang bebas terbang di udara (ketawa). Mungkin tafsirannya agak berlebihan, tetapi jujur, itu yang saya sedang alami sekarang. Anak-anak pun sedang membesar dengan baik, keluarga pun sihat-sihat belaka. Semuanya baik-baik sahaja.

Kebahagiaan  Raha dan Mr. Z terserlah meskipun dia berkongsi kasih dengan wanita lain



MEDIA: Sudah pun bergelar isteri walaupun baru saja bercerai. Boleh kongsi sedikit, bila Raha melangsungkan pernikahan dengan Mr Z?

RAHA: Ya, saya sudah berkahwin semula. Pada usia 47 tahun ini, saya tidak sangka akan ada lelaki yang sanggup melamar lagi. Sebenarnya saya risau juga. Maklum sajalah, siapa mahu beristerikan nenek kepada empat cucu seperti saya ini, kan? Syukur kepada Allah, jodoh saya untuk bergelar isteri buat kali ketiga masih ada. Suami saya sekarang berusia 49 tahun dan kami melangsung pernikahan di salah sebuah hotel di ibu kota pada Disember lalu.

MEDIA: Perkahwinan kali ketiga ini, saya difahamkan oleh Salih yang Raha merupakan isteri kedua juga, betul?

RAHA: Ya, betul. Alhamdulillah, isteri pertama menerima kehadiran saya dengan hati terbuka. Jujur, dia pada awalnya sukar untuk menerima saya, tetapi setelah mendengar dengan mulut saya sendiri apa yang saya alami semasa bersama Salih, dia mengerti derita diri ini. Malah, semasa majlis pernikahan saya dengan suami, dia turut hadir dan menyaksikan sendiri akad nikah dilafazkan suami kami. Ibu bapa saya, anak-anak juga menerima suami saya. Seperti saya kata, inilah jodoh.



MEDIA: Mungkin ada sebab lain juga yang menyebabkan Raha meminta cerai?

RAHA: Salih pernah menafikan masalah kewangan sebagai punca. Jangan tipulah. Duit kadang-kadang tidak diberi. Saya meniaga sendiri menjual rempeyek bersama anak-anak untuk menyara hidup.

Bukan bererti Salih lupa tanggungjawab, dia ada beri, tetapi mana cukup untuk kami lima beranak. Kadang-kadang anak pergi rumah isteri lain untuk meminta duit daripada bapa mereka, seperti pengemis saya lihat anak-anak saya.

Kadang-kadang, hendak bagi RM50 untuk berbuka puasa pun susah. Saya ingin juga melihat anak menjamu makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, tetapi apakan daya, itulah rezeki kami pada ketika itu.

Bukan mahu membuka aib Salih, tetapi saya perlu tampil memberi tahu kebenaran supaya tiada pihak terus menuduh saya sebagai perempuan gatal atau punca perceraian. Cukuplah saya menderita selama ini. Saya cuma ingin bahagia.

MEDIA: Diceraikan oleh Salih, pernah atau tidak, Raha rasa ralat atau menyesal dengan tindakan itu?

RAHA: Menyesal? Tidak mungkin. Sejujurnya, saya lega. Hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya ketika cerai dilafazkan. Seolah-olah derita yang ditanggung selama ini terlerai satu-persatu.

Sekiranya saya tidak berkahwin lagi pun, saya tetap dengan keputusan berpisah dengan dia. Saya selama ini menyara hidup sendiri. Memang agak sukar kerana Salih yang membayar rumah dan memberi nafkah, tetapi saya nekad. Malah, sebelum memohon cerai, saya sudah buat solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah. Alhamdulillah, saya kira inilah yang terbaik buat saya.

MEDIA: Tindakan Raha yang terus berkahwin selepas habis tempoh edah menimbulkan persepsi yang Raha sememangnya sudah mempunyai orang lain sebelum bercerai. Mungkin ada penjelasan.

RAHA: Apa yang saya boleh katakan, ini jodoh. Saya dengan suami sudah lama kenal kerana kami hidup berjiran semasa kecil dahulu dan dia merupakan pengerusi kepada kelab reunion yang saya sertai. Pada mulanya, kami kenal hanya sebagai rakan. Tiada istilah bercinta. Namun selepas saya diceraikan, dia melamar untuk mengahwini saya. Bagi saya itu bukan isu.

Saya berkahwin dengannya bukan kerana nafsu, tetapi rasa ingin disayangi. Saya ingin perhatian daripada suami. Saya tidak minta dibelai setiap saat tetapi cukuplah jika memberi rasa yang saya sebenarnya bersuami. Sekarang baru saya rasa perasaan itu. Memang usia perkahwinan kami masih baru, tetapi setakat ini Alhamdulillah, suami memberi kasih sayang seadilnya. Saya juga sudah memberi jaminan kepada isteri pertama yang dia tidak akan rasa seperti dimadukan. Itu janji saya untuk tidak merampas kasih antara mereka.

MEDIA: Di akhir bicara, mungkin Raha ada sesuatu yang ingin disampaikan.

RAHA: Saya anggap ini ketentuan Illahi, Jodoh pertemuan dan juga perpisahan adalah suratan dari-Nya. Kita sebagai manusia perlu menerima qada dan qadar yang tertulis untuk kita. Saya hanya memohon agar semua pihak mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga. Saya selalu berdoa untuk diberi peluang sebegini. Alhamdulillah, tuhan makbulkan. Saya juga meminta agar isu perceraian kami tidak lagi dibangkitkan. Yang sudah berlaku, biarkan sahaja. Jangan anggap pendedahan saya ini sebagai serangan balas tetapi cuma ingin memberi penjelasan. Itu sahaja.


Sumber: UM

SHAHROL SHIRO NIKAH MAC DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERINYA?

SHAHROL SHIRO NIKAH MAC DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERINYA?


Setelah hampir lima tahun menduda, akhirnya pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Shahrol Shiro bakal berkahwin pada bulan Mac depan dengan seorang ahli perniagaan. Majlis nikah akan diadakan di kediaman bakal isterinya, di Johor Bahru.

"Insya-Allah majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Mac ini. Tentang tarikh nikah, sampai masanya saya akan beritahu secara live di radio Era FM.

"Dikesempatan itu nanti saya juga akan menjemput peminat-peminat saya di sana yang banyak menyokong perkembangan saya selama ini," ujar Shahrol dipetik sebagai berkata.

Bila ditanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hatinya itu, Shahrol bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat tetapi hanya menyatakan bahawa bakal isterinya nanti merupakan orang Johor.

Inikah wajah bakal isteri Shiro?


"Walaupun saya pernah berumah tangga namun di Johor saya perlu hadir khursus kahwin jika mahu berkahwin lagi," kata Sharol yang sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan termasuk menghadiri khursus kahwin buat kali kedua.

Sebelum ini, Shahrol pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish berusia lapan tahun.

Anna Danisha meletakkan gambar Shiro sebagai gambar utama IGnya





BIARLAH ALLAH MENGHUKUMNYA - IQRAM DINZLY KOMEN ISU UQASHA SEKSI DI THAILAND



Jika sebelum ini, gambar percutian Iqram Dinzly bersama Uqasha Senrose yang menyaksikan aktres itu membuka tudung di pulau Koh Lipe, Thailand menjadi bualan hangat... terkini Iqram Dinzly, 33, menganggap gambar percutian tersebut adalah satu ujian besar buat dirinya.

Sehubungan itu, dia enggan memberi komen panjang tentang perkara itu tetapi sebaliknya meminta individu yang mendedahkan gambar dan maklumat itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh mereka.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga.

"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.



"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.," ujar Iqaram dipetik sebgai berkata.

Tambah Iqram lagi, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi masing-masing.

"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan. Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," jelas Iqram penuh makna.

Terdahulu, gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut. Keadaan kembali panas apabila timbul gambar-gambar mesra antara mereka di Thailand ketika sambutan tahun baru 2016.

Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim namun hubungan itu putus dan selepas itu dikatakan menjalin cinta separuh jalan dengan Syafiq Kyle.

MENGEJUTKAN! ISTERI KEDUA NIKAH LAIN - SALIH YAACOB KINI TINGGAL 3 ISTERI

Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, 55, kini mempunyai satu kekosongan lagi!



Semuanya gara-gara dia sudah berpisah dengan isteri keduanya yang bernama Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu. Kata Salih, dia menganggap ia adalah satu ketentuan daripada Allah SWT.

"Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

Gambar pada tahun 2012

"Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya," ujar Salih dipetik sebagai berkata.

Tambahnya lagi, masalah rumah tangga mereka bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.



Bagaimanapun, Salih tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga disebabkan bekas isterinya itu kini telah bernikah dengan lelaki lain sebaik sahaja habis edah.

"Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

"Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku," jelasnya lagi.



Untuk makluman bersama, Salih dan bekas isterinya itu pernah hidup bersama sebagai suami isteri selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Malah sebelum ini (pada tahun 2012), dia dan isteri keduanya itu sebenarnya pernah hampir-hampir bercerai tetapi dapat diselamatkan setelah berbincang secara baik.

Tiga lagi isteri Salih iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan mereka dikurniakan 13 anak.

JIHAN MENGAMUK KERETA DICONTENG - WAJAH PENCONTENG DIKENALPASTI

Jihan Muse Mengamuk Kereta Diconteng, Wajah Penconteng Dikenalpasti



Jihan Muse mengamuk apabila kereta mewah miliknya diconteng teruk. Siapakah pelaku yang menconteng kereta Jihan ini?

Rupanya kereta Jihan diconteng oleh teman rapatnya sendiri.



Teruk juga kereta Jihan Raja Lawak diconteng oleh ‘musuhnya’. Motif conteng, tidak dapat dikenalpasti.

Jihan bernasib baik kereta Mitsubishi ASX miliknya diconteng menggunakan cecair kapur kasut yang boleh dibasuh dengan air.




Gambar di bawah pula adalah gambar si penconteng kereta mewah Jihan.



ERRA FAZIRA BERI PENJELASAN ISU SHAHIR AF8 HANTAR ROMBONGAN MEMINANG?

Desas-desus mengenai perkhabaran kononnya selebriti jelita, Erra Fazira bakal menamatkan zaman janda semakin hangat diperkatakan.



Terbaharu, Erra dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan Juara Akademi Fantasia ke-8, Shahir.

Lebih menguatkan spekulasi itu, baru-baru ini keluarga Shahir dikatakan telah me­nemui ibu Erra, Azizah Zaik untuk meluahkan hasrat mahu meminang bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu.

Memetik sumber Kosmo!, Erra menafikan sekeras-kerasnya gosip liar itu.

“Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai,” katanya.

Apapun kita doakan yang terbaik buat Erra dan Shahir.

MAMAT EXIST MENYESAL – JADIKAN SEJARAH HITAM SEBAGAI IKTIBAR

Selepas mendapat tempat ketiga dalam program Gegar Vaganza musim pertama, bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat terus lesap dalam dunia seni.



MAMAT EXIST MENYESAL | Ada yang mendakwa, Mamat lesap kerana ‘gelap mata’ dengan wang kemenangan RM20,000. Tambah hangat, Mamat turut dilaporkan ditahan kerana memiliki dadah pada Mac tahun lalu.

Peminat mula khuatir, Mamat ‘hilang arah’ lagi. Dia juga dikatakan sukar dihubungi, termasuk oleh pihak pengurusan Astro yang mahu mencarinya bagi menjayakan Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tampil memberi penjelasan, Mamat memberitahu, telefon bimbitnya bermasalah. Bercakap kepada BH Online, Mamat berkata:-

“Saya mendapat berita mengenai konsert ini daripada abang saya, Noh. Saya dapat tahu pihak Astro gagal menghubungi saya. Sebenarnya, saya tidak ke mana-mana. Cuma kad SIM dalam telefon bimbit saya bermasalah dan saya baru saja menukarnya.

“Berita kononnya saya sudah berumah tangga sekali lagi itu tidak benar. Saya masih seperti dulu, cuma sibuk menguruskan perniagaan di Johor selain undangan nyanyian,” katanya.

Masih di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama lima tahun, Mamat mengakui pergerakannya sedikit terbatas. Ini kerana setiap kali mahu keluar dari Johor, Mamat perlu melapor diri di balai polis berhampiran. Mengakui sukar, namun Mamat perlu akur dengan peraturan pihak berkuasa demi meneruskan karier seni.

“Saya datang menjayakan Konsert Mega Gegar Vaganza ini kena lapor diri. Tetapi, ia bukanlah masalah besar. Janji, saya ikut arahan yang ditetapkan dan keluar atas urusan kerja, itu tidak jadi masalah,” katanya.

Mamat memberitahu, bidang nyanyian masih menjadi sumber pendapatan utamanya. “Sehubungan itu, saya tidak akan sesekali meninggalkan bidang ini. Selepas terbabit dengan isu dadah, kesannya sangat besar terhadap kerjaya seni.

“Saya sangat menyesal. Tetapi, saya jadikan itu sebagai pengajaran,” katanya.

UQASHA SENROSE BUKA TUDUNG, BERTINDIK KETIKA BERCUTI DI THAILAND?

UQASHA SENROSE BUKA TUDUNG, BERTINDIK KETIKA BERCUTI DI THAILAND?



Terkejut melihat tajuk artikel “Seksinya Uqasha” tulisan Raja Nurfatimah Mawar di BiPop semalam. Dalam ruangan tersebut Kak Raja mempersoalkan kejujuran Uqasha Senrose dalam memakai tudung selepas menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan Uqasha tidak bertudung ketika becuti di Koh Lipe, Thailand.

Selain itu turut terselit gambar Uqasha bersama Iqram Dinzly. Sebelum ini mereka berdua pernah digosipkan bercinta, namun Iqram dan Uqasha kedua-duanya menafikan gosip tersebut.

Berikut merupakan tulisan Raja Nurfatimah:-



Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!!

Raja lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii..

Betullah jika dulun ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan. Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu.

Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya!

Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu.



Apapun kita tunggu penjelasan dari Uqasha. Doakan yang baik-baik sahaja.