SIAPA KATA GAJI & ELAUN PEKERJA PETRONAS TINGGI?

“Siapa kata, gaji dan elaun pekerja Petronas tinggi?”

Disaat syarikat petrolium tempatan PETRONAS yang sedang goyah sekarang, ramai yang ‘bertepuk tangan’ dan ada juga yang mempertikai gaji pekerjanya jauh lebih tinggi berbanding dengan syarikat lain.

Mungkin netizen kurang faham bahawa skop kerja yang dilakukan setimpal dengan gaji yang mereka perolehi. Jadi, salah seorang pekerja PETRONAS beri penjelasan bagi menepis kecaman hebat yang mereka terima.



Nukilan ini dipetik menerusi Facebook Asba Madzidah, yang juga seorang pekerja Petronas.

Rakyat Malaysia macam bertepuk tangan saat ni



Kalian xtau betapa susahnya nk dapatkan kelulusan utk pergi offshore..berisiko… terdedah kpd bahaya adalah sgt tinggi.



Untuk pengetahuan semua gaji dan elaun kami jauh lg rendah



Hentikanlah cemuhan dan pertikaian…Kami hanya rakyat Malaysia yg bekerja manabur bakti utk negara melalui Petronas. FARDHU KIFAYAH.



SENARAI PENUH PRODUK KOSMETIK YANG DIHARAMKAN KKM 2016

Senarai Penuh Produk Kosmetik Yang Diharamkan KKM Tahun 2016



Dikongsikan dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah senarai produk yang diharamkan oleh KKM teridri dari jenis ubatan tradisional, produk kosmetik dan makanan/minuman kerana mengandungi barangan terlarang atau faktor lain.

Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui satu kenyataan medianya telah menasihatkan pengguna supaya mengelak menggunakan satu produk keluaran Vida Beauty yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri/Raksa.

Menurut KKM, produk yang dikenalpasti berkenaan yang terjejas merkuri ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K.

Senarai nama produk, kategori dan jenis racun di bawah ini dikemaskini pada 7 Disember 2015.

357 NASAL SPRAY
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

ACAI BERRY ABC
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

ADEQUINN NUTRICOCO - NATURAL SLIMMING SUPPLEMENT
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

AIR IKAN HARUAN
MAKANAN/MINUMAN
DEXAMETHASONE

AMBERINE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

BEAUTE FIT BODY CONTOUR
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BEAUTIFUL SLIM BODY
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

BIO DREAM GOLD
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

BIO MACA PLUS
TRADISIONAL
SILDENAFIL

BMI-9 XYLIMMING CAPSULE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

BODY BEAUS
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

BODY BEAUTY SLIMMING COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BODY LIFT BIODEX
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BODY TRIMZ
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

BRAZILIAN CATUABA
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

BRAZILIAN PROMAN-CATUABA COFFEE BLEND
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

BRO ALI COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

CAFÉ ABANG YES
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

CANDIGOLD
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

CANDY 193
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

CATUABA
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

COLLAGEN SLIM
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

CORAL PLUS UA 350MG
TRADISIONAL
CHLORPHENIRAMINE

COSA GRANDE PLATINUM
TRADISIONAL
TADALAFIL DAN AVANAFIL

DE PUTIH NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

DELIMA RAJA URAT
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

DERMACEUTIC SPOT CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

DERMACEUTIC SPOT PEEL CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

DIEM CAPSULE
TRADISIONAL
TADALAFIL

DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION
KOSMETIK
HYDROQUINONE

ELITE RIAS ER CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

ENG LEONG CORDYCEPS CHUANBEI PLUS COUGH PILL
TRADISIONAL
DIPHENHYDRAMINE

ERIESYA SPA BEAUTY CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE

EXTEND UP ENERGY DRINK
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

EXTREME - ENERGY COFFE
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

EXTREMEN
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

EXTREWOMEN
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

F250- HEALTH SLIM FITNESS
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

FIGURE UP
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

GINSENG JIN FUI WAN
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

GOJI GUARANA EXTRA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

GOJI GUARANA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

GOJI MORE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

GOJI PLUS CAPSULE
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

GOJI YUMBERRY
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

GUARACAFE
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

HANS BEAUTY TREATMENT TONER
KOSMETIK
HYDROQUINONE

HBW ICE LEMON TEA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

HOTTON VITALITY CANDY
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

IE2 O
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

JAMU TRADISIONAL JAYA ASLI (ANTI ASAM URAT)
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

JINGLIDA
TRADISIONAL
ANALOG TADALAFIL

KAPSUL LELAKI KUAT
TRADISIONAL
SILDENAFIL

KING CAPPUCINO
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KINTOP
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

KNIGHT COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOLEKCAFE POWER PLUS
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI ANGGOK
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI ASMARA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI BAGUS AAA
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI HARI-HARI MAU
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

KOPI JANTAN TRADISIONAL
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI PAHLAWAN
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI PAK GURU
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI PAK SHEIKH
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI PANGGUNG AL-AMBIAK
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

KOPI SUPER ANGGOK
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

KRIM MALAM MISHA
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

LAMI
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

MA'JUN BURUNG UNTA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAAJUN TENAGA HERBA-UBI JAGA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAAJUN TOLAK ANGIN
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MACA MAX
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

MACAGIN GINSENG CANDY
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

MADU ADUNAN HERBA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAJUN DUA ISTIMEWA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAKJUN SYAFIQ 3 ISTIMEWA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

MENTALK CANDY
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

MIRACLE OF E250
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

MY ENERGY PLUS+
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NATASYA KRIM HERBA
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

NATASYA KRIM HERBA GOLD
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

NATURAL SOLUTION - GOJI CATUABA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL

NATURAL SOLUTION - GOJI COCOMIANA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NATURAL SOLUTION - LYCIUM GUARANA
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL

NEXUS MXP
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NIGHTCAFE
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

NIQMAT 69
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

NURIZ DAY & NIGHT CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

OBEXLIM
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

PENAWAR SENDI TULANG
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

PHYTOSHAPE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX
KOSMETIK
TRETINOIN

PIL RESDONG
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

PIL ZHEN ZHU BAI FONG WAN
TRADISIONAL
CHLORPHENIRAMINE

PROMAX CAPSULE
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

PRONOTON
TRADISIONAL
SILDENAFIL

QIAN TONG DAN
TRADISIONAL
CHLORPHENIRAMINE

R DREAM
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

R&Z WHITENING NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

RAJA UBAT RESDUNG
TRADISIONAL
DEXCHLORPHENIRAMINE

RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

RED BRAND GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

RED ENERGIZER CANDY FOR MEN
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG TADALAFIL

REEPO
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

REN SEM TU CHON CHIN KUO PILL
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

ROYAL BEVERAGE MAQRIFATUN
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

RZAC WHITE PEARL CREAM
KOSMETIK
TRETINOIN

SASANERGY DRINK
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

SENNA PLUS CAPSULE
TRADISIONAL
SIBUTRAMINE

SKYLINE AL-TAQWA GOUT ASAM URAT
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

SKYLINE AL-TAQWA SAKIT PINGGANG & LUTUT
TRADISIONAL
DEXAMETHASONE

SLIMAX COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

SLIMINA SLIMMING COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
SIBUTRAMINE

SPARTAN
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

STIFFNITE COFFEE
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

SWEET 17-ORANGE+MANGO SLIMMING FIBER 
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SIBUTRAMINE

TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA
KOSMETIK
TRETINOIN

TIA AMELIA KRIM JERAGAT
KOSMETIK
HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

TOMABEST
TRADISIONAL
ANALOG TADALAFIL

TRI-MAX
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

TRICAJUS
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

TRUE SELF REPAIR
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

TRUE SR
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

VEGROW
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

VENERGY CAPSULE
TRADISIONAL
ANALOG SILDENAFIL

VIGOR CANDY
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

VITAL + ESSENCE CAPSULE
TRADISIONAL
NORTADALAFIL

VITCA-F
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

VITCA-M
MAKANAN/MINUMAN
TADALAFIL

VNG400
TRADISIONAL
ANALOG TADALAFIL

WINNIE BEAUTY V1
MAKANAN/MINUMAN
SILDENAFIL

XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX
MAKANAN/MINUMAN
ANALOG SILDENAFIL

YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)
KOSMETIK
HYDROQUINONE

YI ZHI YANG
TRADISIONAL
SILDENAFIL

ZARA REJUVENATION CREAM
KOSMETIK
HYDROQUINONE

Sumber: Pharmacy.gov.my

TRAGEDI GUA MUSANG - MEMILUKAN! Gambar Kemalangan 6 Sekeluarga Maut Termasuk 3 Kanak-Kanak

MENYAYAT HATI! Gambar Kemalangan Enam Sekeluarga Maut Termasuk 3 Kanak-Kanak



Gua Musang : Enam sekeluarga maut termasuk tiga kanak-kanak, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 10 pagi, semua tujuh mangsa yang menaiki PROTON Pesona dalam perjalanan dari arah bandar Gua Musang menghala Kuala Krai.

Difahamkan, kereta berkenaan cuba memotong sebuah lori, namun gagal sebelum bertembung dengan lori lain.

Ketua Operasi Balai Bomba Gua Musang, Saharni Harun, berkata akibat pelanggaran itu, enam penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi berusia 40-an, parah.

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang cedera dan keenam-enam mayat dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).
















SUMBER : http://eberita.org/video-dan-gambar-enam-sekeluarga-maut-dan-tiga-kanak-kanak/

KANTOI! Rupanya Seat Penumpang Yang Lewat Dijual Oleh Staff AirAsia

Staff AirAsia Kantoi Jual Seat Penumpang Lewat

Rupanya Seat Penumpang yang Lewat Dijual Oleh Pekerja AirAsia | Benarkah tempat duduk penumpang yang lewat dijual oleh pekerja AirAsia?



Jika benar, ini adalah pendedahan yang mengejutkan kerana staff AirAsia langsung tidak berkompromi sekiranya ada penumpang yang terlewat walau 10 minit. Rupanya ada udang disebalik batu.

Kita baca perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Sheila Mel yang rasa teraniaya sebagai pelanggan AirAsia.



Inilah nilai melayu...penerbangan sy 4.30pm kl-kk, pekerja ini langsung tak ada SERVIS LAYANAN yg bagus..sy cuba utk minta tolong and terangkan knp sy lambat dia jawab sy ini "KENAPA TAK DTG ESOK JE KAK?? Apakah bengongnya??

Kalau Flight sy esok then sy dtg esok la??? Ni flight sy hari ini pun first time terlambat sbb tau jg sistem Airasia yg cekik darah ni macamana?? Dorang delay kita tunggu sejam selepas waktu departure boleh?? Tapi kita lewat stgh jam sebelum departure tak boleh??

berbalik kat lelaki ni.. Sy ingatkan dia akn tolong sy utk check in sebab sy hanya lambat 50minit sebelum..sy tak ada checkin bagasi pun...gate hanya d tutup sejam sebelum beza dia 10minit sy lambat..pun langsung dia taknak tolong?? Ya Allah??...lg sy minta dgn dia elok2 dia kata tak boleh?? 

Siap bgtau dia keja dh tolong beratus2 org dlm 1 kapal yg sm sy naiki ni..sy minta lg..bg la sy yg last ni dr yg beratus tu sbb akak kena balik kg jg..jumpa ank akak nk operation?? Langsung dia tak ada hati perut?? Dia kata bkn dia tak nak tolong kalau boleh siap nak angkat sy sekali depan pintu gate naik kapal tu?? Sy tak minta mcm tu pun?? Sy nak minta tolong kat dia tolong checkin sy...sebab ada masa 50minit lagi??

Siap kata itu bukan masalah dia?? Sy minta tolong tp dia buat muka layan kita ya Allah..Tuhan sj yg tau.. Siap jerit2 kt sy lg?? Sy tak akan kurang ajar tapi dia yg jawab sy kurang ajar dulu..last2 sy amik tangkap gambar dia..lps tu dia warning kat sy...''KALAU MUKA DIA JD VIRAL KT FB DIA AKAN SAMAN SY?? D mn silap sy?? Kalau dia layan sy elok tak akn sy buat benda ni utk mnyedarkan dia??

After our conversations sy pegi tanya kaunter sebelah d mn management..so sy pegi kaunter servis..tanya d mana management department ofis airsia??kunun nk komplen je....tp keajaiban berlaku..2 staff lelaki india yg layan sy penuh beradab budi bahasa....tanya sy elok..flight pergi ke mn?? So sy jwb pegi kk..ya Allah...

nasib baik mereka sudi tolong sy...flight lg setengah jam dh nak btolak...alhamdulillah...dlm rancangan Allah sy dpt jg naik kapal ni pegi kk..story at KLIA2 19/01/16 4.30pm kl-kk..tlg sy kwn2 Viral dlu dia ni sekejap...sekejap je..thank u...

#‎syxdptplatgkapgmbr2stafflelakiindiatu..may God bless them both..

Berikut pula pendedahan dan bukti pekerja AirAsia menjual seat pennumpang yang lewat.

Isu Air Asia TAK TERIMA PENUMPANG LEWAT

Untuk mereka yang tak kena, bolehlah BERLAGAK cakap benda kecil pun nak viral. Silap sendiri pun nak viral.


Okay, aku cerita dari pengalaman aku sendiri. Sumpah demi Allah, aku hanya ceritakan kisah yang benar dan terjadi terhadap aku sendiri.

1. Korang sedia maklum AirAsia(AA) penerbangan tambang murah jika dibanding dengan MAS.

2. Oleh kerana murah, orang berebut2 nak naik AA.

3. Siapa lambat kena tinggal sebab pekerja AA bijak. Diorang tak nak 1 seat pun terbazir.

4. Mereka nak semua seat penuh dengan penumpang.

5. So, jika ada orang lambat "check in" dalam 60/30 minit, mereka "stand by" untuk jual seat tersebut.

Inilah yang berlaku di mata kepala aku sendiri di mana pekerja AA kantoi jual seat aku dekat orang lain.

Aku ketika itu terpaksa "ditahan" dalam mod "stand by" sama ada layak naik atau tunggu flight seterusnya. Ada seorang lagi lelaki yg turut menerima nasib sama macam aku.

Beza lelaki itu dan aku cuma seat lelaki itu sudah diduduki penumpang. Seat aku dah dibeli namun penumpang masih belum naik pesawat.

Wife aku risau dah masa tu kerana aku mungkin terpaksa menaiki penerbangan lain.

Nasib aku baik. Aku dapat balik seat aku. Walaupun penumpang yg beli seat aku last minit tu bayar mahal, aku masih menang sebab aku beli awal.

Jadi, tinggallah lelaki (seat dah kena kebas) itu di kerusi dengan muka bengang terpaksa menunggu flight seterusnya bersama si penumpang yang lewat membeli tiket.

Punca utama sebab aku check in sejam sebelum boarding.

Kita tak puas hati. Kita tak tahu mana nak mengadu. Kita kongsikan di media sosial agar orang lain tak kena seperti kita.

Aku tak boikot AA. Tapi kalo aku ada duit lebih aku sanggup naik MAS.

Untuk penumpang AA, terutama di kawasan bandar yang HANYA ADA SATU/DUA JALAN UTAMA, BERTOLAK 5 JAM AWAL SEBELUM BOARDING. KITA TAK TAHU BILA JALANRAYA SESAK.

INI BUKAN DRAMA KOREA, ANDA BOLEH BERLARI MENGEJAR TANGGA PESAWAT.

Pesan aku untuk pekerja AA tu, jangan kejar sangat komisen tu sampai menyiksa orang lain. Benar semua orang boleh terbang dengan AA, tapi anda tak tahu betapa siksa orang kumpul duit beli tiket.

Pesan aku pada yg berlagak tu, takpe. Korg tak kena lagi. Nanti kena, baru korg rasa. Langit itu tinggi ke rendah, betapa kuatnya graviti bumi menarik anda ke bawah.

Aku ada banyak pengalaman pahit dengan AA. Tapi aku terpaksa teruskan melanggan sebab aku takde pilihan.

Ingatlah, dunia ini bulat. Hari ini hari aku. Esok lusa hari anda pula.

Sekian.

Kesimpulannya, dua kisah di atas ada pertalian rapat anda sudah nampak pertalian itu. Jadi, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada anda semua di luar sana.

Luahan Isteri Muda yang Diceraikan Talak Satu Oleh Suami

Luahan Isteri Muda yang Diceraikan Talak Satu Oleh Suami



"Aku Ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun." | Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun. Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas.

Tak jalankan tanggungjawab. Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku ? Bayangkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tengok korea, main handphone je.

Kemas rumah jarang² sekali. Kerja melepak. Masa bercinta. Memang seronoklah. Sweet² je. Jumpa…Dating…Mesej² fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kahwin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab. Masa mula² kahwin, bolehlah aku hipokrit. Rajin masa 2, 3 hari.

Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama² habit lama tu terserlah lepas kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.

Dulu, aku nak sangat kahwin sebab masa bercinta sweet². Ingat kawin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak ‘halalkan’ tak cukup.

Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah. Pesan aku, buat wanita² di luar sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh.

Bukan hidup hanya bermalas² malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup in future. Plus, bila fikir balik, laki aku ceraikan aku sebab benda² macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan.

Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab. Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah.

Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti²lah buat masa sekarang. Aku nak kutip ilmu dahulu supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku yang sebelum ini.

Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab cantik je. Cantik tak reti buat kerja tak ada makna.

Macam aku (eh cantik ke ? Hehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran² sebelah, kawan², saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin. Semoga perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takda ilmu kawin, keluarlah generasi² baru yang sampah macam aku ni. – Ina

HARGA MINYAK JATUH - Pekerja Petronas Bakal Diberhentikan

Pekerja Petronas bakal diberhentikan | Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.



Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Sementara itu Petronas menerusi email kepada Astro AWANI berkata syarikat itu enggan memberikan sebarang komen terhadap dakwaan tersebut selain enggan memberikan ulasan terhadap sebarang laporan yang bersifat spekulasi.

Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.

Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

TERKINI! Respon Datuk Seri Vida Apabila Dua Produk Qu Puteh Whitening Diharamkan

Komen Datuk Seri Vida mengenai isu penarikan balik dua produknya

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menarik balik dua produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block di pasaran Malaysia dan Brunei buat sementara waktu berkuatkuasa pada Jumaat.



Perkara itu diputuskan Hasmiza atau Vida dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di sebuah hotel dekat sini Jumaat. “Kita akan hentikan keluaran dua produk ini berkuatkuasa serta merta buat sementara waktu lapor Mstar.

“Ini bagi membolehkan kita melakukan penelitian terperinci terhadap dua produk tersebut,” katanya. Justeru beliau memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperti Pamoga, Qu Puteh Advance Set dan Millenia masih selamat untuk digunakan. “Walaupun dua produk tersebut dihentikan buat sementara waktu, saya yakin produk lain masih selamat untuk digunakan. “Oleh itu, pengguna jangan ragu dan panik terhadap isu tersebut. Apa yang penting kami mementingkan kesihatan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu sudah diuji pihak kementerian dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini, selain menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk berkenaan.

“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan sudah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. “Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk berkenaan. BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.

“Hasil ujian menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi. Malah, kerajaan Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk dua produk jenama Qu Puteh susulan didakwa mengandungi bahan berbahaya. Menurut laporan portal The Brunei Times, ujian dijalankan Jabatan Perkhidmatan Farmasi itu mendapati krim pemutih Qu Puteh Whitening Pro 9, Qu Puteh Whitening UV Block mengandungi kandungan raksa atau lebih dikenali sebagai merkuri.

MENGEJUTKAN! Produk Qu Puteh Whitening Diharamkan Kerana Kandungan Merkuri Yang Tinggi

Produk Qu Puteh Whitening diharamkan kerana kandungan merkuri yang tinggi – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi membenarkan satu produk pemutih kosmetik terkenal, iaitu produk Qu Puteh Whitening dari dijual di pasaran tempatan selepas ianya dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.



Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (bunyi desingan telinga) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk berkenaan selama lebih kurang tiga bulan.



Bagaimapun, pengguna terbabit telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut. Laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang mendedahkan mengenai hasil kajiian produk itu.

Pihak syarikat produk itu diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta serta menarik balik kesemua stok fizikal dari pasaran dalam temph 72 jam.

Walaubagaimana pun, hal ini masih belum dapat maklum balas daripada pemilik produk terkenal berkenaan.





PANAS! Isu Makan Guna Pampers Ganti Pinggan - Luahan Lelaki Ini Memang WIN!!

PANAS! Isu Makan Guna Pampers Ganti Pinggan - Luahan Lelaki Ini Memang WIN!!



Sebelum ini viral di laman sosial seorang wanita yang bernama Vivy Yusof yang telah memuatnaik gambar majlis "Baby Shower" di Instagram.

Pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen. Namun, kami tertarik dengan tulisan Mufarwa Farid di Facebooknya.

Anda baca sendiri.

Perbuatan buat makan-makan pakai pampers ni, kalau sekilas pandang, kita tahu benda ni tak elok. Kita tahu ada sesuatu yang tak kena dengan perbuatan ni.

Tapi kita susah nak explain apa yang tak eloknya.

Nak kata membazir, ok tu duit dia. Dia nak hidang nasi atas bumbung kereta Ferrari sorang satu, kita bising-bising macam mana pun, tu memang duit dia, dan itu hak dia.

Nak kata pengotor, tak juga. Pampers tu bersih dan tak pernah dipakai. Kalau ikut logik kotor ke tidak, kotor lagi kalau kita makan pakai tangan sebab pernah usik punggung dan kemaluan.

Jadi, benda ni tunjukkan something wrong yang susah kita nak rungkai. Kekadang sebab pening sangat, kita pun main bash je sampaikan kita sendiri tak paham dengan apa yang kita nak bash.

Baik. Tak payah pening-pening.

Pada aku la ye, ni pendapat aku tau.

Bagi aku, isu makan kat pampers ni sebenarnya isu tentang keadilan. Ianya berkaitan dengan keadilan dalam diri kita, dan keadilan pada orang lain.

Apa maksud keadilan secara kasarnya?

Keadilan ni maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Maknanya, jika kita letakkan sesuatu pada tempatnya, maka kita adil. Sebaliknya, kalau kita alihkan sesuatu daripada tempatnya, maka kita tak adil.

Contohnya,

Boleh tak solat Zuhur kat gereja? Boleh je. Apa tak boleh pulak. Asalkan menghadap kiblat dan cukup rukunnya, kau solat la dalam gereja tu. Bukan kita sembah benda yang diorang sembah pun.

Tapi kan, cantik ke kau solat kat gereja, padahal banyak masjid di sini dan di sana? Sesuai ke kau sembah Allah, ikut pemahaman orang Islam, tetapi kau lakukannya di gereja orang Kristian?

Tak, kan?

So, ini tidak adil. Kau letakkan solat itu bukan pada tempatnya.

Contoh lain.

Boleh tak berak kat dapur rumah kau? Kau tak tahan sangat, kau pergi dapur, bukak seluar tepi dapur masak, lepas tu crit crit crit berak kau keluar tepi dapur masak ? Boleh ke?

Boleh je. Berak je la. Dah habis berak, cuci bersih-bersih dan hilangkan je la kotoran dia.

Tapi sesuai ke kau berak kat dapur rumah, sedangkan dapur tu tempat kau masak, makan dan letak makanan? Dan bagus ke berak kat dapur padahal kau ada je tandas untok digunakan?

Mesti tak, kan? Jadi kau tak adil pada berak tersebut. Kau letakkan berak itu bukan pada tempatnya.

Yang kes pampers ni. Boleh tak kau makan atas pampers? Apo tak buleh pulakk. Makan yo la ateh pampers nu ha,asalkan borseh dan tak ponah digunokan.

Tapi pampers tu sepatutnya diletakkan di mana? Pampers itu sepatutnya berada di bontot untok menampung tahi dan kencing baby.

Sesuai ke pampers yang sepatutnya menampung bontot, tetapi kita buat untok tampung makanan yang kita makan?

Tak sesuai kan? Sebab benda tu tak adil pada pampers tu. Pampers tu ada tempat yang lebih baik untok diletakkan. Maka ianya tak adil. Takdo koadilan kek sini.

Samo la macam otak. Otak patut lotak kek kepalo. Tapi dio lotak kek lutut. Agaknyo adil ko tak?

Mosti tak kan?

Dah tu time ekau lotak makanan ateh pampers tu, apsal kau lotak otak kek lutut?

[#VIRAL] Gambar 3 Ibu Bergabung Tenaga Curi Smartphone Di Giant

Gambar 3 Ibu Bergabung Tenaga Curi Smartphone di Giant

Smartphone saya baru saja dicuri semasa saya sedang mengeluarkan wang di ATM RHB, pasar raya Giant, Padawan, Kuching, semalam. 

Saya telah membuat laporan polis dan melihat rakaman CCTV di mana kejadian itu berlaku pada jam 6.25 petang.

Memang sah Smartphone jenis Samsung J7 milik saya dicuri oleh seorang wanita yang mengendong anak kecilnya dengan dua wanita yang turut mengendong anak kecil masing-masing memetik laporan The Hype Media.

Saya percaya mereka bertiga telah merancang untuk melakukan perbuatan itu atau mungkin sindiket. 

Malangnya, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menyampaikan kejadian ini kepada anda agar berhati-hati di masa akan datang terutamanya golongan wanita yang membawa beg tangan. – Pengadu