KETAHUI 5 TIPS PENJIMATAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN DENGAN BIJAK DARI TNB



Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

JIHAN MENGAMUK KERETA DICONTENG - WAJAH PENCONTENG DIKENALPASTI

Jihan Muse Mengamuk Kereta Diconteng, Wajah Penconteng Dikenalpasti



Jihan Muse mengamuk apabila kereta mewah miliknya diconteng teruk. Siapakah pelaku yang menconteng kereta Jihan ini?

Rupanya kereta Jihan diconteng oleh teman rapatnya sendiri.



Teruk juga kereta Jihan Raja Lawak diconteng oleh ‘musuhnya’. Motif conteng, tidak dapat dikenalpasti.

Jihan bernasib baik kereta Mitsubishi ASX miliknya diconteng menggunakan cecair kapur kasut yang boleh dibasuh dengan air.




Gambar di bawah pula adalah gambar si penconteng kereta mewah Jihan.



AWAS LELAKI! Jangan Tertipu Dengan Wajah Gadis Cantik Yang Memakai Alat Solek

Jangan Tertipu Dengan Wajah Gadis Cantik Yang Memakai Alat Solek



Benarlah lagenda yang mengatakan, muka seorang wanita itu ibarat kertas kosong. Jika dilukis dengan lukisan cantik, cantiklah ia. Jika lukisan buruk, buruklah ia.

Saksikan kehebatan teknik make up terhadap wajah dua gadis ini.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Dua gadis mengenakan make up..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Membuat ramai terpikat..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kelihatan bak bidadari. Adakah anda turut terpikat?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Fikir sekali lagi..


COMELNYA! Jom Kenali Kucing Yang Suka Sangat Selfie

5 Foto Kucing Selfie Ini Memang Terbaik

Trend Selfie sudah menjadi satu perkara yang tidak asing lagi kedengaran di telinga kita. Tidak kira mana jua kita pergi, selfie itu sudah menjadi kebiasaan dan juga rutin yang sedang booming di kalangan masyarakat sekarang. Jika selfie antara manusia merupakan perkara biasa, apa pula kata anda jika haiwan sekarang dah mula pandai berselfie? Luar biasa bukan? Beberapa foto selfie kucing yang sememangnya rare sedang viral di media sosial betul-betul menarik perhatian orang ramai ditambah pula dgn posing maut yang ditonjol oleh kucing tersebut. Jom kita lihat koleksi selfie kucing comel ini.






Comel bukan? bukan manusia je tau yang pandai selfie, malah selfie kucing ini telah mendapat jutaan like dari pengguna media sosial. Fuh kalau kucing admin macam ni, memang hari-hari post gambar selfie dekat Instagram pun tak de hal punya lah!

Apa Nak Buat Jika Terpakai Baju Sama Dengan Orang Lain?

Apa Nak Buat Jika Terpakai Baju Sama Dengan Orang Lain?





Pernah tak anda berada di dalam situasi dimana ada orang lain yang memakai baju sama dengan anda?

Mesti pernah kan?? Mesti masa tu rasa malu gila rasa nak tukar baju je. Relaks je. Tak perlu malu.

Kami ada cara best yang anda boleh cuba jika anda terpakai baju sama dengan orang lain!

1. Gayakan dengan cara yang lebih menarik


Pernah tak tengok iklan sabun pencuci pakaian?? Modelnya mesti pakai baju yang sama, kemudian salah seorang dari mereka mengoyakkan bajunya dan melukis corak menggunakan gincu untuk kelihatan lebih OUTSTANDING? Jadi kita perlulah bertindak begitu juga. Yakin pada diri sendiri dan gayakan pakaian kita tu dengan lebih STYLO!

2. Trend


Jika kawan-kawan gelakkan anda di sebabkan ada orang lain yang memakai baju sama dengan anda, Jangan malu! Dengan penuh yakin, cakap je dengan deorang, “Ini trend terkini”..

3. Buat tak nampak


Cara paling mudah, pejamkan mata dan pekak kan telinga.. Jangan pedulikan individu tersebut. Buat-buat macam korang tak perasan pun dia ada. Lebih kerap anda tengok dia, lebih segan anda nanti.

4. Tangkap gambar dan UPLOAD


Jika orang yang sama baju dengan anda tu sebelah anda je, jangan malu! Ajak selfie sama-sama dan upload di Instagram. Letak la caption yang best dan buatkan orang lain anggap pakaian yang korang gayakan tu tengah trend.

5. Konon dah berjanji


Kalau orang yang pakai baju sama dengan anda tu, memang anda dah kenal, cakap je konon-konon korang dah berjanji nak pakai sama-sama. Bukan ada sapa tahu pun. Jangan yang lagi sorang tu pecah tembelang sudah!

Ini Perkara Yang Bakal Pengantin Tak Mahu Berlaku Pada Hari Persandingan

Sudahkah anda pergi ke majlis perkahwinan rakan-rakan anda pada hari ini? Tahukah anda bahawa kebanyakan pengantin mempunyai debaran yang sama ketika majlis persandigan mereka? Walaupun naik pelamin sehari sahaja tetapi apa sahaja boleh terjadi walaupun perkara dirancang sebulan lamanya.

Berkongsi artikel yang digarap dari blog Vitdaily, di bawah adalah perkara-perkara yang bakal pengantin tidak mahu berlaku pada hari persandingan..



1. Baju Pengantin Tidak Sempat Siap

Punyalah lama anda tempah baju dengan kain mahal import dari Istanbul bagai, tapi bila sudah dekat tarikh persandingan, tukang jahit bagi pelbagai macam alasan lagi. Tunggu punya tunggu, akhirnya tukang jahit datang juga tapi bawa kain belum potong. Bersandinglah anda dengan gaya kain potong, lilit-lilit badan.

2. Baju Terkoyak

Siapa yang tengah baca artikel ini sekarang pernah duduk mengumpat pengantin di meja makan sambil kata baju mereka pakai ketat sangat? Jangan tipu kami cakap anda tidak pernah buat perangai semacam ini. Tapi siapa yang dapat tengok baju pengantin terkoyak, itu bonus buat anda. Sudah tahu hendak bersanding, berusahalah untuk kurus, walau sehari.

3. Makanan Untuk Tetamu Tidak Cukup

Kita sudah beritahu katering bahawa 2000 orang tetamu akan hadir. Harga murah sebab first time katering handle wedding. Biasanya debaran bab makanan bermula apabila semakin ramai orang datang dan seakan-akan makanan tak cukup. Oh no. Mahu jemput orang makan haruslah cukup. Yang datang ke majlis anda pula macam dari Kelab Obesiti Malaysia pula.

Penyelesaian bab makanan ini sebenarnya terletak pada perbincangan yang jelas dengan pihak katering. Jika di kampung, orang-orang rewang biasanya sudah masak sangat dengan urusan makanan ini. Pastikan hidangan untuk pasangan pengantin dapat udang galah dan hati ayam cucuk dan ayam golek. Makan terus tidak ingat dunia, patutlah baju koyak.

4. Photographer atau Videographer Tidak Hadir

Sebelum hari persandingan anda sudah survey photographer paling terbaik dan videographer berprofil tinggi, siap pernah cover event antarabangsa. Maklumlah. sekali ini sahajalah anda mahu bersanding pun (jika isteri izinkan, bersanding dengan isteri kedua pula).

Duit pendahuluan sudah dibayar, tapi bila tiba hari persandingan, mereka tidak muncul. Bila ditelefon, tidak berjawab. Whatsapp keluar tick biru tidak balas. Katakanlah keadaan ini terjadi pada anda, gunakan adik-adik anda. Tangkap pakai smartphone pun boleh, asalkan gambar ada. Jika tak malu, boleh guna iPad. Yang penting, malam pertama nanti boleh tambah filter di Instagram.

5. Rakan Karib Tidak Hadir

Kita punyalah siapkan list nama kawan-kawan karib dari sekolah rendah sampai universiti. Kita siap tempah kad undangan yang istimewa untuk mereka. Kita mengharapkan mereka hadir dan memeriahkan majlis persandingan kita.

Tapi, bila sampai hari persandingan kita, seorang dua sahaja yang nampak batang hidung. Itu pun yang tidak berapa kenal sangat, yang lain hanya mengirimkan salam sahaja kerana ada hal lain (atau ada majlis kahwin rakan yang mereka lagi rapat daripada anda). Akhirnya, kawan yang tidak berapa karib yang ramai memenuhi majlis anda. Tolong jangan ada sikap pilih kawan begini ya.

6. Pelamin Runtuh

Tengah seronok anda bersanding di atas pelamin berharga RM30,000 itu, rakan-rakan sekolah rendah datang menerjah anda. Boleh tahan popular juga anda disekolah dulu sebab yang datang hampir 30 orang. Semuanya mahu bergambar serentak dengan anda. Anda mesti tidak mahu menghampakan mereka. Pelbagai saiz pinggang dan peha mula membanjiri pelamin mahal anda. Pelamin start bunyi-bunyi dan senget sebelah. Tidak mustahil ya pelamin yang gah berdiri itu akan bertukar menjadi serpihan-serpihan kayu kerana tidak dapat lagi menampung berat maksimum. Kaboommm.

7. Demam

Pelbagai persiapan perkahwinan anda telah berjaya anda siapkan. Semua benda anda mahu buat sendiri. Dari bekas telur sampai ke hiasan pelamin semua anda mahu buat sendiri. Bila sampai hari persandingan, kepala anda mula terasa berat dek kerana kurang rehat selama berbulan-bulan. Awas, anda mungkin pengsan semasa sedang bersanding. Kesian pasangan anda, nanti bersanding sorang-sorang pula atau mungkin ada pak cik yang boleh jadi back up anda. Ketar-ketar kepala pak cik anda.

8. Bekas Kekasih Datang Merayu

Aduh, ini kes berat. Sehari sebelum persandingan anda, bekas kekasih anda beritahu anda supaya memikirkan semula keputusan anda untuk berkahwin dengan pasangan anda itu (macam dalam drama Melayu biasa kita tengok). Perasaan anda mula bercampur-baur.

Tapi, anda berjaya buang perasaan ragu-ragu itu dan memberitahu anda telah buat keputusan yang terbaik untuk diri anda. Semasa hari persandingan, jika bekas kekasih anda datang merayu dihadapan anda sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan para jemputan, lagi sadis. Manis sangat janji-janji kau tebarkan wahai Romeo.

Apa-apa pun, persediaan setiap persandingan itu adalah terpulang kepada kemampuan pasangan tersebut. Tidak guna juga berhabis ribuan ringgit pada hari persandingan tetapi berhutang. Sederhana adalah sebaiknya.

Jika ada yang teringin jemput kami makan kenduri, pastikan yang ada lauk ayam masak lemak pedas tambah ulam dan sambal belacan. Fuh, berpeluh dahi makan.

5 Perkara Yang Student U Paling Payah Nak Buat

Belajar di universiti merupakan salah satu impian bagi setiap lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, setelah mereka melangkah masuk universiti, impian itu tidak seindah yang mereka gambarkan.



Melalui artikel yang digarap dari sebuah blog, kami senaraikan 5 perkara yang pelajar universiti payah nak buat.

1. Bangun pagi pergi kelas

Kelas pukul 8.30 pagi, tapi tidur pukul 2 pagi. Ini terjamin memang susah mahu bangun. Ramai yang datang lambat ke kelas atau lagi bagus, terus tidak datang. Kalau bawak kenderaan sendiri boleh lagi pecut terus pergi kelas, tapi kalau yang naik public transport, kirim salam sahajalah pada lecturer.

2. Spend duit untuk buku baru

Jika boleh, student mahukan penjimatan paling maksimum dalam menuntut ilmu maka semua buku haruslah fotostat. Kos untuk buku baru adalah tidak munasabah dan jika dengan fotostat, ia jimat berganda-ganda sehingga boleh sewa kereta waktu cuti.

Phone beribu-ribu boleh beli, topup beratus-ratus boleh beli. Tapi bila bab buku, fotostat sudah mencukupi. Mana yang genius, beli buku second hand dari senior.

3. Kelas selepas makan tengahari

Kelas bermula seawal 8.30 pagi dan ada yang tidak sempat untuk sarapan. Maka, mereka yang tidak sempat sarapan ini pada kebiasaannya akan melantak sakan sewaktu makan tengahari.

Bila perut dah kenyang, mata pun makin berat.Kelas petang ramai yang kecundang. Apa lagi, jika di dewan kuliah, pasti ramai yang suruh kawan lain sign kedatangan mereka. Eh, terasa ke?

4. Menghadiri modul pada hari Sabtu

Hari Sabtu dalam kamus student biasanya akan dijadikan hari tidur sedunia. Kalau ada yang rajin sikit, pergi library (ini rare). Pergi library pun bukan pinjam buku, hanya untuk renew pinjaman buku yang tidak habis baca dari awal semester.

Dengan adanya modul (biasanya setiap semester akan ada program khas untuk mereka dan kehadiran adalah WAJIB) maka rosaklah segala program dan rutin hari Sabtu mereka. Modul ni bermula jam 9 pagi sampai 6 petang. Lagi best, hari Ahad pun ada yang sambung lagi.

5. Bayar PTPTN lepas habis belajar

Ini point ultimate. Secara keseluruhan pinjaman pelajaran bagi pelajar universiti di Malaysia ini adalah sekitar RM16,000 hingga RM30,000 (berbeza mengikut universiti). Fikirkan semula ke mana wang pinjaman anda belanjakan sepanjang belajar.

Nasihat kami kepada pelajar, bila sudah masuk alam pekerjaan, hutang PTPTN selesaikan terlebih dahulu dan jangan berangan mahu pakai kereta baru. Tapi siapalah kami untuk menasihat. Selamat memandu kereta Proton atau Myvi sendiri dan welcome to the real life.

Nak Tambah Isteri? Lelaki Harus Baca Dulu Ulasan Padu Wanita Ini Tentang Poligami

Nak Tambah Isteri? Lelaki Harus Baca Dulu Ulasan Padu Wanita Ini Tentang Poligami



Bila sebut pasal poligami, rata-rata para suami akan tersenyum lebar, manakala si isteri pula mula jadi beremosi memikirkan apakah kekurangan diri sehingga mahu dimadukan.

Mungkin sebab si isteri tidak dapat memberi zuriat buat suami, mungkin juga kerana si suami sudah ‘terjatuh cinta’ dengan wanita lain dan mahu mengelak zina dan macam-macam lagi sebab yang memungkinkan poligami itu terjadi.

Namun, sebelum si suami mengambil langkah untuk mengikut sunnah, apakata fikirkan sejenak realiti sesebuah poligami seperti yang diceritakan oleh Kak Hassanah ini.

Kisahnya ialah si suami ni tak dapat zuriat pun masa nikah isteri pertama ni, then sebaik saja si isteri pertama korbankan ‘perasaan’ untuk suami bernikah lagi, isteri kedua pregnant dulu. Dan sekarang kedua-duanya pregnant bersama.

Poligami ? Hee. Bukan main laju lelaki bab-bab poligami ni. Bila ditanya, sunnah katanya. Bijak pula besunnah sunnah bab ‘buka syarikat baru’.

Mana-mana artikel yang menyatakan kebaikan poligami, kelebihan poligami, manfaat poligami, etc2.. Dengan serta-merta masing-masing tag dan mention si isteri. Ada yang mention atas niat bergurau, ada yang mention atas niat saja-saja, ada yang mention sebab memang berniat nak mention etc2. .

Best ? Ya memang best. Bab ni, mana ada yang tak best bagi kaum lelaki.
Nikmat ? Ya memang nikmat. Bab ni mana ada yang tak nikmat bagi kaum lelaki.
Seronok ? Ya memang seronok.

Bab ni mana ada yang tak seronok bagi kaum lelaki. Dan andai poligami itu dihadkan kepada ’10 orang isteri’, saya yakin masih ada yang ‘tak puas’ dengan 10 orang itu. Saya tak kata semua, tapi ‘akan ada’. Jika saiz kasut setiap individu berbeza, apatah lagi kita. Iman berbeza, nafsu berbeza. Bukan ?

Saya tak bash sesiapa. Saya tak bash siapa nak poligami. Saya tak bash orang yang bersunnah sunnah ni. Malah mungkin saya bash diri sendiri kerana ‘terlalu berhati lembut’. Bukan terlalu berhati lembut sebab ‘mudah merajuk jika diduakan’. Dan andai diduakan sekalipun, saya masih punya Allah untuk tidak ‘Di duakan’. If u know what i meant, Tapi berhati lembut kerana ‘takut apa yang suami buat hanya menghumban ke neraka semata-mata’.

Kerana apa ? Suami masuk syurga, isteri ikut sekali. Isteri masuk syurga belum tentu suami ikut sekali. Tetapi jika isteri masuk neraka, suami juga bersamanya.

Look ? Tapi kalau yakin boleh didik, 2,3,4 isteri dengan ilmu agama, Silakan. Kalau yakin boleh jawab perangai 2,3,4 isteri di depan Allah, silakan. Kalau yakin boleh kawal sikap 2,3,4 isteri yang suka canang aib sini sana silakan. Kalau yakin boleh tembus syurga dengan cara itu, silakan. Why not ?

Saya teringat kalam murabbi tentang poligami.” jika kita hanya bersunnah sunnah dengan cara poligami dan akhirnya menghumban jasad ke neraka, lebih baik kita bersunnah sunnah dengan sunnah yang lain yang sememangnya punya berganda pahala dan layak untuk jasad di hantar ke syurga Allah. ”

I don’t want you to think like me. I just want you to think. Hatta mana-mana suami yang sudah beristeri, nakkan saya. Why not ? Tapi saya tahu who i am, and who are you di depan Rabb.

Jagalah yang ‘satu’ . Hargailah yang ‘satu’. Yang ‘satu’ itulah lebih kenal baik buruk kita. Dan kadang, yang ‘satu’ itulah lebih banyak mendoakan kita di malam hari. Kerana yang ‘satu’ sememangnya istimewa.

Usah di sebut-sebut baginda ini itu. Sebut dulu adakah aku baik seperti baginda ? Adakah aku adil seperti baginda ? Adakah aku ikhlas seperti baginda ? Adakah aku suci hati seperti baginda ? Saya tak cakap hanya yang ma’sum boleh poligami. Tapi andai diri bertopeng ‘nafsu serakah’ semata, haiwan yang diciptakan Allah pun bernafsu.

Fikir.

Begini Rupanya Perbezaan Lelaki VS Wanita Di Waktu Lunch Hour

Lelaki vs Wanita di Waktu Lunch Hour



Memang wanita agak kompleks sikit bila datang time lunch hour.

Lelaki

Waktu lunch, jalan ke tempat makan
Sampai kedai makan, masuk
Ambik Pinggan
Letak nasi
Letak Lauk
Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
Makan
Habis
Balik Opis or
pergi surau bagi Islam

Wanita

Waktu lunch, jalan ke kedai makan
Perhatikan orang waktu jalan
Sempat mengumpat dulu
Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
Ramai orang,cari kedai lain.
Jalan lagi
Dah puas ati..masuk..
Survey lauk dulu 2, 3 minit.
Carik2 pinggan, ambik pinggan
Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
Dah puas ati, ambik nasi
Ambik nasi ceduk sikit-sikit
Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
Buang balik nasi.banyak. .
Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
Ambil lauk
Pusing lagi
Carik sayur pulak!
Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
Ke kaunter bayaran
Tgk2 nasi dlm pinggan
Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
Sampai depan kaunter “berapa?”
Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
Keluarkan duit
Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
Tutup dompet. Ambik nasi
Tinjau-tinjau tempat duduk.
Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
Cari tempat duduk lain
Jumpa. Duduk..
Alamak. Air tak order lagi
Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
Order air
Bangun
Ambik sudu
Duduk
Bangun
Ambik Tisu
Duduk
Air sampai
Belek dompet (Step tadi)
Bayar
Tutup
Minum air
Start makan
Tengok-tengok orang sambil makan
Makan separuh..kenyang
Sebab dah minum air
Letak sudu, letak garpu
Pinggan tolak tepi
Borak2 kater makanan tak sedap
Ngumpat2..tg korang
Pukul 2, naik opis..
Ambik beg makeup, g surau bagi Islam

MESTI BACA! Kisah Menarik Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Tersebut kisah daripada memori tentang seorang engineer muda, Mr Vios yang baru masuk kerja di sebuah syarikat minyak dan gas terkenal di dalam negara. 

Dengan sijil yang dimiliki oleh Mr Vios, tambahan dengan gred yang hebat, mana mungkin syarikat berkenaan menolak permohonan beliau. Jadi bekerjalah Mr Vios sebagai seorang engineer muda setahun jagung dengan gaji yang beliau rasa lumayan, iaitu RM3,000 sebulan. 



Dengan gaji sebegitu, Mr Vios sudah merasakan kenikmatan hidup. Memanglah, dulu dapat duit pinjaman sponsor pun baru RM700 sebulan. Sekarang sudah dapat hampir 4 kali ganda. Jadi Mr Vios merasakan dirinya berada dalam status kehidupan yang sudah agak mewah. Sudahlah seorang engineer, berduit pula.

Sesudah mendapat gaji pertama, Mr Vios merasakan kekosongan yang amat sangat. Duitnya hanya terusik sedikit sahaja. Difikirkan bagaimana mahu menggunakan pengetahuan engineering optimisation terhadap gajinya yang terbiar tidak digunakan.

Balik kampung berhari raya, beliau disindir sanak saudara. Tidak kurang juga yang memaksa. Bila mahu pakai kereta (besar)? 

Tekad menggunung. Balik daripada kampung terus mencari kereta yang sesuai. 

Gajinya RM3,000. Kereta apa yang beliau layak? Lantas ditanya kepada pegawai bank. Beliau layak meminjam maksimum 2/3 daripada gaji bersih sebulan untuk installment. Lebih kurang RM2,000. 

Dengan berbekal pengetahuan kewangan sedia ada, Mr Vios agak-agak selamat untuk menurunkan bayaran bulan sebanyak RM1,500. Barulah berjimat cermat. 

Jadi proses shopping kereta pun bermula...

Dengan RM1,500 sebulan, kadar HP 3% dan tenure 9 tahun, beliau dapat memiliki sebuah Honda Civic yang cun melecun. Sesuailah dengan status beliau sebagai orang berkarier, engineer pula tu. 

Jadi dengan bangganya Mr Vios membawa dan memperkenalkan Honda Civic yang cun melecun kepada sanak saudara dan rakan sekerjanya. Bangga sungguh dia. Kawan-kawan pun memuji. Barulah setaraf. 

Rupanya rakan-rakan sekerja Mr Vios pun tidak kurang juga. Masing-masing berkereta hebat-hebat. 

Dalam banyak-banyak rakan sekerja, Mr Estima merupakan technician yang report direct kepada Mr Vios. Mr Estima telah bekerja lama dengan syarikat tersebut, namun disebabkan hanya mempunyai sijil dan diploma, beliau kekal sebagai technician. Gaji pokok beliau sudah tentu tidak dapat menyaingi bos mudanya, Mr Vios. 

Mr Vios berkata dalam hati, Mr Estima pasti tidak mampu memakai kereta hebat seperti beliau. Berapa saja gajinya, bisik hati kecil Mr Vios. 

Sangkaan Mr Vios meleset apabila suatu hari beliau melihat Mr Estima menaiki Toyota Vellfire ke tempat kerja. Terkejut beruk beliau. 

Mr Vios menyapa Mr Estima selepas beliau selesai meletakkan keretanya. 

Mr Vios: Pakcik Estima, besar kereta pakcik. Pakcik punya ke? 

Mr Estima: Aah, dah pakcik bawak, memanglah pakcik punya. 

Mr Vios: Wow, mampu ke pakcik bayar kereta macam ni? Mahal ni. Paling kurang RM2,000 sebulan ni. Gaji pakcik mana cukup. 

Mr Estima: Kau bayar kereta kau berapa sebulan nak? 

Mr Vios: RM1,500. 

Mr Estima: Gaji kau berapa nak? 

Mr Vios: RM3,000. 

Mr Estima: Kesian. Hamba kereta. Kerja macam nak mati separuh bulan cuma untuk kereta. 

Mr Vios: Errr…. 

Mr Estima: Aku pakai Vellfire tu free je…orang tolong bayarkan 

Mr Vios: Iyaa, macam mana boleh pakai free? Orang bayarkan pulak tu. Biar betul pakcik pakai Vellfire free? 

Mr Estima : Bukan aku yang bayar so kira freelah. 

Mr Vios : Ok pakcik, ceritalah macam mana pakcik buat. 

Mr Estima: Banyak cara boleh buat. Kawan-kawan pakcik buat banyak cara. Tapi yang ni kira paling simple la.. 

Mr Vios: Simple pun jadilah. 

Mr Estima: Kau kena ubah mindset. Bezakan aset dan liabiliti. Kemudian belajar hidup jangan sebab nak impress orang. Sebenarnya takde orang kisah pun kau pakai kereta apa. Last sekali kau jugak yang bayar, bukan member atau sedara mara kau. 

ASET – Aset adalah sesuatu yang meletakkan wang di dalam poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.

LIABILITI – Liabiliti adalah sesuatu yang mengambil wang dari poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.

Mr Vios : Makan dalam ni..Tapi takpa saya terima teguran tu pakcik. Ceritalah lagi. 

Mr Estima: Sebagai orang muda yang miskin, kau kena fokus tambah aset. Orang miskin ni takda aset, tapi banyak liabiliti. Kalau kau mula kerja dah kumpul liabiliti, alamat ko jadi hamba duit sampai bila-bila. 

Aku muda-muda dulu bukan senang bank nak bagi pinjaman, jadi aku pakai kereta buruk je. Asal boleh jalan. Kau pulak bukan kawan lagi, pakailah kereta biasa-biasa. Kumpul beli kereta second hand. 

Kalau gaji kau RM3,000, Kau bayar maximum RM300 cukup la.. 

Mr Vios: Ok-ok. Nasihat diterima. Lagi pakcik? 

Mr Estima: Duit lebih tu kau simpan dan labur la. Kalau kau boleh bayar RM1,500 untuk kereta, maknanya kau ada lebih RM1,200. Disinilah kuncinya. 

Laburkan duit tu. Macam pakcik dulu, takde la ada RM1,200, tapi lebih dapat la beli satu rumah flat. Bayar RM300 je sebulan. Bila gaji tambah, pakcik tambah satu lagi rumah flat. 

Pakcik sewakan rumah tu, dapat la duit lebihan. Duit lebihan ni pakcik kumpul untuk downpayment rumah seterusnya. 

Lepas pakcik ada beberapa aset rumah flat, pakcik pun fikir nak tukar kereta. 

Jadi bila boring beli rumah flat, pakcik stop kejap, pakcik guna duit lebihan untuk bayaran kereta bulanan. Jadi pakcik bayar guna duit lebihan tu jelah. 

Bila tukar-tukar kereta acap kali, pakcik rasa rugi pulak jual kereta second hand. Baik pakcik sewakan. Kancil bayar RM300 sebulan, harga sewa sehari pun dah RM80, cukup 5 hari orang sewa dah balik modal. 

Kau pakai Honda kau tiap-tiap hari ke? 

Mr Vios: Time nak pergi kerja je. Weekend kalau keluar jalan-jalan. Kalau tak parking dekat rumah je. Kawan saya dekat KLCC tu naik komuter dan LRT. So hari kerja tak pakai kereta pun. 

Mr Estima: Haa, bijak pun. Setiap bulan ada 8 hari minggu boleh sewakan. Dah untung dah. Kalau orang nak sewa hari kerja pun ok, kita naik motor atau public transportlah. 

Itu cerita kereta kancil nak. Itulah yang pakcik buat sampai ada Vellfire ni. 

Mr Vios: Betul la pakcik. Selama ni saya tak pernah terfikir untuk buat camni. 

Mr Estima: Benda ni untuk orang yang nak buat je. Yang boleh dahulukan masa depan dan tolak kepuasan diri sendiri. Yang nak senang cepat, tak dapat nak tolong. 

Ada banyak lagi cerita kawan-kawan pakcik. Ada yang main saham, ada yang buat projek pecah tanah, ada yang main emas, ada yang main rumah lelong, ada yang buat sublet, ada yang buat bisnes macam-macam, ada yang pakai syarikat. Yang penting kita mesti mahu belajar. 

Mr Vios: Terima kasih pakcik. Terbuka minda saya. 

Mr Vios telah berazam hanya mahu fokus kepada menambah aset. Honda Civicnya mahu dijual walaupun mungkin rugi. Namun kerugian itu katanya berbaloi. 

Begini rasional Mr Vios. 

Kereta yang dijual itu susut nilainya hampir 15% setelah 6 bulan dipakai. 15% daripada RM130k ialah RM 19,500. Hutang beliau masih banyak kerana bank mengenakan kadar keuntungan. Jadi hutang beliau tetap 130k (andaian untuk mudah kira). Memandangkan beliau telah bayar 10% downpayment, bermakna dengan susut nilai 15%, beliau rugi 5% iaitu RM6,500. 

Tetapi RM6,500 boleh dikira kerugian yang kecil kerana jika beliau meneruskan komitmen RM1,500 sebulan itu, beliau akan rugi lebih banyak. 

Mr Vios pun pergi melawat Mr Estima yang sedang berehat dirumahnya, dengan niat mendapat nasihat. 

Mr Vios: Pakcik, saya mahu jual kereta saya. Tak mahulah sewa-sewa ni, leceh. Saya jual terus dan perbaiki cash flow saya. Rugi sedikit sekarang. 

Mr Estima: Berapa kau rugi nak? 

Mr Vios: Lebih kurang RM6,500. 

Mr Estima: Oklah tu. Itulah harga sebuah kebodohan. Kira sebagai bayaran pembelajaranlah. Tapi Honda kau tu kalau tunggu beberapa tahun sikit mungkin tak rugi dengan susut nilai sebab resale value Honda tinggi. Tapi yang kau cari pasal buat loan 9 tahun tu sapa suruh. Dengar lagi orang bank dengan penjual kereta punya nasihat. 

Tapi jugak, kalau kau tunggu lama sampai nak loan dan value kereta kau match, kau dah rugi banyak masa dan peluang. 

Bertahun-tahun jugak tu. Kalau kau rasa RM6,500 tu berbaloi untuk beli masa bertahun-tahun, you are on the right track. 

Mr Vios: (Kembang bangga dengan pujian sifunya). Jadi saya on lah jual kereta saya ni. Saya juga dah rancang nak beli aset. Rumah. 

Mr Estima: Bagus dah tu. Kau nak beli rumah untuk apa? 

Mr Vios: Rumah ni untuk duduk, pastu untuk investment sekalilah. Kira sambil menyelam minum air la ni. Hehehe bijak tak saya? 

Mr Estima: Hehe. Aku dah jumpa ramai dah orang macam ni. Nak pakej 3 in 1, 10 in 1. Nak beli rumah untuk duduk, pastu nak sewalah, pastu nak investlah, pastu nak cashflowlah, pastu nak capital gainlah. Orang macam ni memang takkan jumpa rumah sampai bila-bila. Kalau dia beli pun, dia takkan jadi investor yang berjaya. 

Mr Vios: Uikss, makan dalam lagi ni. Takpe-takpe, sifu punye pasal sebab ajar pun free ni, saya terima. So macam mana ni? 

Mr Estima: Untuk melabur kena ada target. Macam pakcik beli flat untuk sewa dan dapat cash flow positif, duit lebihan. Kira pakcik ni slow mo punya orang. Alon-alon bak kata orang Kanada. Ada orang main flipping. Beli, hold 2-3 tahun dan jual. Untung dekat capital gain. Sekali untung bila market cantik memang bestlah. 5-6 angka tu biasa. Pastu rolling la lagi. 

Mr Vios: Wah, terliur nih. Saya patut main macam mana ni? 

Mr Estima: Cerminlah diri sendiri. You must know your own game. 

Mr Vios: Ok saya set saya mahu main game simple. Saya nak beli satu rumah yang ada potensi yang sangat baik. Mungkin boleh naik double dalam masa 5 tahun. Saya kena cari area hot dan lokasi kegemaran flipper dan spekulator. Kemudian saya jual, dan dapat duit untung. Duit untung tu saya beli tanah dan buat rumah sendiri. So saya tak perlu berhutang beli rumah sendiri kan? Bijak tak saya? Hehehehe. 

Mr Estima: Hahahaha.. ini yang nak gelak lagi dengan orang muda ni. Belum apa-apa dah fikir macam orang pencen. Nak rumah sendiri, tanah luas la apa la. Ini kira mazhab Settle Down Early. 

Mr Vios: Adeh, kena lagi. Tak best ke idea saya tu? Ok apa invest sekali pastu dapat rumah sendiri free? 

Mr Estima: Oklah juga tapi tak berapa bijak. Itu kesilapan ramai orang muda. Kau kira ok lah ada jugak invest dan target rumah sendiri “free’. Ada ramai kawan-kawan sebaya kau tu tak sabar nak rumah sendiri. Nak settle down katanya. Baru kerja 2-3 tahun, settle down apa kejadahnya? Ada 30 tahun lagi masa bekerja (kalau hidup normal, namun ajal dan maut di tangan Allah). 

Dah beli rumah sendiri, pakai joint loan max suami isteri. Downpayment guna personal loan. Renovate pun pakai personal loan (kalau ada lagi entitlement). Buat kabinet dapur pakai bayar pakai kad kredit. Beli perabot pakai ansuran mudah. 

Kerja korporat, gaji beribu-ribu nak pakai smartphone konon, pun pakai ansuran mudah or pakai kontrak. 

Itu sikit je kes-kes depan mata. Belum lagi aku nak membebel kenduri kahwin dan wang hantaran pun berhutang.. 

Mr Vios: Huhu. Rileks pakcik. Nanti kena strok kang. Betul la cakap pakcik..Insaf saya. 

Kebanyakan orang berfikir hanya untuk buat duit. Mereka tidak sedar bahawa terdapat pelbagai jenis wang yang boleh dijana. 

Selama bertahun-tahun, seseorang diajar bahawa terdapat tiga jenis pendapatan:

1. Pendapatan yang biasa diperolehi/Pendapatan Aktif: Secara umumnya diperoleh daripada pekerjaan melalui gaji. Ia adalah pendapatan tertinggi dikenakan cukai, dan dengan itu, yang paling sukar untuk membina kekayaan.

2. Pendapatan Portfolio: Secara umumnya berasal dari aset kertas seperti saham, bon, dan dana bersama.

3. Pendapatan pasif: Secara umumnya berasal dari hartanah, royalti, dan pengagihan. Ia adalah pendapatan yang paling rendah dikenakan cukai, dengan banyak faedah cukai, dan ianya adalah pendapatan yang paling mudah untuk membina kekayaan.

Rich Dad berkata, “Jika anda mahu menjadi kaya, fokus untuk menjana pendapatan pasif. ” –Robert T Kiyosaki

Mr Estima hampir diserang strok gara-gara terlalu kecewa dengan sikap golongan muda (dan tua) yang menguruskan kewangan dengan sambil lewa. Nasibnya baik kerana ditenangkan oleh Mr Vios, seorang pemuda yang sopan santun tetapi masih mentah dan naif dalam kehidupan. 

Mr Estima: Pakcik pun tak tahu kenapa kemahiran urus wang ini tak diajar di sekolah. Ada banyak teori konspirasi yang pakcik dengar, tapi entahlah. 

Mr Vios: Habis pakcik ni belajar dari mana? Takkan ilmu ni dapat dari bertapa? Tapi memang betul, menda ni memang tak diajar dekat sekolah. Tapi dekat sekolah pun siapa nak ajar. Cikgu pun perangai sama. Bukan kata kat semua, tapi banyak kes lah. Harap kalau saudara mara pakcik ada yang kerja cikgu, saya minta maaf.

Mr Estima: Pakcik belajar dari kawan-kawan. Sebenarnya dulu dalam hati pakcik, memang teringin nak jadi orang senang. Pakcik asal kampung, orang miskin. Kerja keras tapi duit cukup makan. Pakcik terpikir macam manalah nak jadi senang. Disebabkan itu, pakcik berjumpa orang-orang yang senang dan pakcik belajar dari mereka. 

Mr Vios: Bestlah pakcik, jumpa kawan orang senang. Saya jumpa pakcik jer itupun dah nasib jer kot. 

Mr Estima: Hek eleh kau ni. Sebenarnya banyak jer cara kalau betul-betul nak. Contoh sekarang kan ada tv la, internet la. Banyak jer boleh belajar. Buku pun banyak. Cuba ko pergi kedai buku, banyak jer buku pasal merancang kewangan, cara nak buat duit, cara nak bisnes. Tapi orang kita suka baca buku seram, baca novel cinta, sebenarnya aku isteri dia dan lain-lain. So tak bolehlah nak salahkan sistem pendidikan jer. Bahan sebenarnya dah ada banyak. 

Mr Vios: Betul la. Saya asyik beli majalah Maskulin jer. Lepas ni tukar selera pulak. Beli Gila Gila. Hehe..Lawak jer ni pakcik..heheh.. 

Mr Estima: Anak saudara aku pun sebaya kau. Tapi dia pun dah on the right track. Banyak juga aset dia. Emas ada, rumah sewa ada. Masih pakai motor pergi kerja. Ada kereta bini dia bawak. Viva jer. Dia kata dia banyak belajar dari fesbuk. Dekat internet. 

Mr Vios: Ohh facebook. Rupanya dekat facebook pun boleh belajar ehh. Saya jarang bukak sebab malas nak layan orang-orang asyik upload gambar anak dia, kucing dia, dan segala yang dia makan semua masuk dalam facebook. Takpe lepas ni nak cari geng-geng fikir masa depan ni jer la. Sure banyak. 

Mr Estima: Betul nak. Kadang-kadang ilmu banyak jer free, tapi kena mencari. Wah rhyme la pulak. Free, tapi kena mencari. 

Mr Vios: Aah. Tapi saya nak tanya lagi la pakcik. Sampai bila kita kena kerja ni? Saya tengok aset-aset ni semua tambah hutang lagi. Makin tambah hutang, makin tak lena tidur. 

Mr Estima: Kau jangan fikir separuh je. Matlamat tambah aset adalah untuk buat duit kerja untuk kita. Omputih kata, “Money is the great slave but a terrible master”. Sebelum ni kita hidup untuk dapat duit, jadi hamba duit, kita ubah strategi untuk menghambakan duit. 

Hutang yang baik adalah salah satunya. Tapi kita kena ada matlamat untuk bebas kewangan. Contoh macam pakcik, pakcik dah tak perlu kerja sebenarnya kerana pendapatan pasif pakcik dah cukup untuk tampung hidup pakcik. Tapi sebab malas nak duduk rumah, pakcik kerja seperti biasa. Kawan-kawan pakcik mulakan bisnes mereka sendiri. 

Jadi untuk kau, pakcik rasa kau kena kira sendiri berapa income pasif yang kau perlukan. Rasanya dekat KL kau perlukan at least RM3,000 untuk hidup secara asas. Cukup untuk bayar sewa, makan pakai, transport. Yang ni takde la joli-joli. Kalau kau sabar, kau akan jadi kaya. 

Mr Vios: Pengorbanan betul ni kan. Takde ker pendapatan pasif lain? 

Mr Estima: Ada banyak. Kalau kau rasa dengan property ni lambat, kau boleh cepatkan. Kena faham strategi Multiple Sources of Income. Ada tiga jenis income iaitu Active Income (Pendapatan Tetap), Side Income (Pendapatan Tambahan) dan (Passive Income) Pendapatan Pasif. 

FINANCIAL FREEDOM FORMULA 
Passive Income > Active Income > Expenses

Antara strategi yang simple adalah buat Active Income dan Side Income, dan hasilnya terus dilaburkan kepada Passive Income. Macam ko sekarang, kau ada Active Income dan Passive Income. Tapi passive income ko belum cukup untuk ko financially free. 

So kau ada options untuk cepatkan dengan tambahkan side income. Kau boleh pilih macam-macam options. Samaada buat parttime business, jual produk orang, atau jadi ejen. Ramai yang jadi ejen unit trust, saham, takaful, MLM (ehh?) dan lain lain. 

Duit side income ni kau jangan mengada-ngada joli. Kau simpan dan tambah aset untuk pasive income. Kalau kau dah ngada-ngada menunjuk konon ada BMW, Audi, MErcedes, sendiri fikir la. Memang boleh nak celebrate, tapi berpada-pada. Takut kau pun takkan boleh keluar dari kitaran hidup mengejar duit. 

Dan kau perlu ingat, Active Income dan Side income ini memerlukan tenaga. Jadi kau kena kerja keras. Disinilah kuncinya. Bila side income kau dah melebihi gaji tetap, dan telah konsisten selama sekurangnya setahun, kau berhentilah kerja. Fokus kepada side income kau tu. 

Disini kau dah ada KEBEBASAN yang pertama. Iaitu kau tak perlu kerja dengan orang. Bebas Pekerjaan. Kau boleh kerja sendiri. Ada harganya bebas ni. 

Mr Vios: Wow wow wow. Tak pernah terfikir pula plan macam ni. Sebelum ni saya tak pernah terfikir boleh tak makan gaji. 

Mr Estima: Lepas kau boleh kerja sendiri dan kau dah ada pasif income yang mencukupi, kau boleh buat apa yang kau nak buat. Kejarlah cita-cita kau. Buatlah bisnes yang menguntungkan dan bermanfaat untuk orang. 

Kawan-kawan pakcik ramai yang sudah multimillionaire dengan bisnes. Berniaga kan 9/10 daripada rezeki. Kau jangan takut berniaga nak. 

Kereta-kereta sewa pakcik bukan pakcik urus sendiri. Ada syarikat, ada pengurus dan ada pekerja. Pakcik beri kepada anak saudara pakcik untuk urus rumah-rumah pakcik. Pakcik bayar gaji dia. Leverage orang kata. Kalau kita nak buat semua sendiri, memanglah tak larat. 

Mr Vios: Mantaplah pakcik, saya dah jelas sikit roadmap hidup saya. Insya Allah saya akan merancang untuk buka bisnes sendiri juga nanti. 

ALWI ADAM
Perunding Kewangan
Jurulatih Motivasi & Keusahawanan