10 Cara 'Rare' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Bangun Subuh Awal

10 Cara ‘Rare’ Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Bangun Subuh Awal



Nota editor : Bab bangun pagi ini memang betul-betul menduga. Kalau boleh nak tidur macam dah tak ada hari esok. Terjaga, terus tarik selimut dan sambung tidur. Namun hidup di dunia ni bukan selama-lamanya. Rugi jika dihabiskan hanya dengan tidur. Maka mari kita belajar macam mana nak bangun pagi dengan jayanya. Semoga kita tergolong dalam golongan morning person. Chaiyok!

1) Tepuk bantal , baca Bismillah niatkan kau nak bangun awal pagi.’


Haha, cara ni arwah nenek aku yang ajar. Korang jangan kata khurafat lak. Dulu masa kecil-kecil, aku tak tahu apa singnifikannya tepuk bantal. Tapi bila dah besar, baru aku tahu, kuasa niat tu. Secara tak langsung niat kita akan masuk ke dalam minda separa sedar kita, dan minda kita akan alert untuk bangun awal. Bila niat kita baik, inshaAllah kita mudah bangun pagi.

2) Tidur awal.



Kenapa aku kata rare? Sebab budak muda CONFIRM pelik kalau tidur awal. Unlesslah kalau kau penat kerja or kelas, bolehlah kalau tidur awal. Bagi aku tidur awal yang paling baik sebelum pukul 11. Dan ini yang biasa aku amalkan. Kadang-kadang boleh bangun 4.30 pagi, tapi kadang-kadang boleh terlajak gak. Ada risiko gak kaedah ni.

3) Capai phone terus balas mesej telegram, whatssapp, reply facebook bila terjaga.


Cara ini juga mujarab bagi aku. Jangan CHECK aja. Kalau boleh kau layankan jawab mesej tu, dalam 10 ke 15 minit, lepas tu jangan tidur semula. Terus bukak lampu, dengan mata yang mamai-mamai kau terus p tandas. Ambil wuduk, gosok gigi. Layan.

4) Set alarm secara berjemaah.       

                  
Kalau kau duduk rumah bujang, cara ni memang berkesan. Aku ni cepat sensitif sikit dengar alarm orang. So pagi-pagi. Ini memang cam haram, aku kena cari satu-satu phone matikan dalam gelap. Pergh tensions sei. Lebih-lebih lagi alarm jepun yang sumpah annoying!

5) Pasang alarm yang menginsafkan.


Alarm yang menginsafkan ni, macam lagu di alam barzakh ke, zikir taubat ke, suara mengerunkan dalam kubur ke. Tapi kau tahulah. Benda aku paling bengang, last-last si tuan badan sedap berdengkur, aku gak yang kena matikan. Sekali lagi aku mangsa. Pendapat aku mungkin membantu untuk seminggu dua.

6) Tukar-tukar alarm setiap seminggu.


Untuk mengelakkan kau terbiasa dengan alarm lama, dan layan lentok. Tukarlah alarm setiap dua minggu.

7) Kau suruh member kau kejut. Wujudkan suasana bangun subuh awal dalam rumah. Biar meriah sikit rumah time pagi.


Kawan adalah aset terpenting untuk bangun awal solat subuh ni. Kalau boleh carilah kawan yang boleh diharapkan dan bangun awal. Suruh dia kejut. Dan kawan lak, bila kejut jangan lembut-lembut. Sepak je kalau lelaki. Hahaha. Gurau je. Paling komand pun kau kena ada alat renjis air. Jangan jadi macam ada satu video pak arab ni. Dia boleh bantai kejutkan anak-anak dia dengan alat yang boleh renjat elektrik. Haha sadis tuh.

p/s: Kejutlah elok-elok ye.

8) Sebelum tidur, jangan lupa baca doa, dan ambil wuduk. Jangan makan banyak sangat



Jangan ingat benda ni applicable masa kecil je. Dah besar pun kenalah amalkan juga. Semoga tidur dan mati kita dalam iman, dalam keadaan suci bersih lagi tu, serta memudahkan kita bangun pagi. Dan-dan, jangan makan banyak sangat der. Nanti bapak susah nak bangun.

9) Buat snooze berjuta-juta kali.


10) Kau suruh lah bini kau kejut. haha

Siapa suruh tak ada bini. Kesian korang. Haha, tapi member aku cakap, kalau kau pun bangun malas, bini kau pun sama. So, sama-samalah berpesan ye.

Selamat mencuba dan beramal.

Artikel Terkait