5 Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berbelanja

5 Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berbelanja



Berdiet bukan sahaja perlu berlapar tetapi juga memerlukan duit untuk membeli suplemen, ke gym dan sebagainya. Ramai yang mengeluh ‘Nak kurus pun kena banyak keluar duit’
Siapa kata? Banyak cara lain untuk menguruskan badan secara sihat tanpa perlu berbelanja lebih.
Jom cuba 5 Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berbelanja

1) Ramai yang mengambil suplemen untuk kurus, namun mungkin bukan semua orang mampu berbelanja untuk suplemen di pasaran yang kebiasaannya mahal. Jadi untuk anda yang tidak mahu berbelanja ratusan ringgit untuk produk supplemen, boleh amalkan diet yang melebihkan pengambilan protein dan sayur-sayuran berbanding karbohidrat dan lemak.

2) Belajarlah petua dari orang lama untuk menjaga kesihatan. Kebiasaannya orang lama mempunyai banyak petua kecantikan dan kesihatan tradisional yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan.

3) Tidak perlu berbelanja untukk ke Gym, sebaliknya carilah inisiatif lain untuk mengekalkan kesihatan. Anda boleh membuat senam aerobik di rumah sahaja dengan mempelajari dari menonton video di youtube. Anda juga boleh berjogging atau berbasikan sekitar kawasan perumahan ataupun melakukan aktiviti luar lain yang lebih lasak dan menyeronokkan.

4) Tidak perlu menghabiskan wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Guna sahaja apa yang ada di sekeliling anda seperti bangku, meja atau apa sahaja perkakasan yang sesuai. Jika mempunyai tangga di rumah, gunakan untuk latihan mengecilkan peha dan bahagian kaki. Senaman naik turun tangga amat berkesan untuk sesiapa yang inginkan hasil yang cepat. Tetapi perlu dilakukan dengan konsisten.

5) Luangkan masa untuk aktiviti di laman sendiri seperti bercucuk tanam. Ini adalah contoh aktiviti yang menyihatkan. Selain badan berasa lebih sihat, kawasan laman rumah anda pun pasti makin berseri.

Selamat mencuba.

Artikel Terkait