Ahmad Maslan Akui Dirinya Orang Yang Paling Dibenci Di Malaysia!



KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Di laman media sosial, orang memanggil saya Ahmad Maslan ‘bodoh’ serta kenyataan menghina yang lain tetapi saya lakukan ini demi negara,” kata Ahmad selepas merasmikan seminar di Taman Teknologi Malaysia Biotech Sdn Bhd.

Beliau berkata ramai cerita “simpati” dan video muncul di media sosial dengan menyalahkan Kerajaan kerana melaksanakan GST.

“Saya akan terus berjuang untuk mengurangkan harga barangan dan seperti apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kami akan terus memberi penjelasan,” katanya.