Fakta Menarik Tentang Kucing Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Menarik Tentang Kucing Yang Anda Perlu Tahu 

Kucing adalah haiwan yang comel dan manja. Semakin hari semakin ramai yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah.



Sebenarnya ada banyak fakta-fakta menarik tentang haiwan comel ini yang mungkin selama ini kita tidak tahu. Antaranya :

1. Kucing antara haiwan yang suka tidur. Seekor kucing boleh tidur sekitar 16 jam sehari.

2. Biasanya kucing yang mempunyai bulu 3 warna adalah betina. Manakala kucing jantan yang mempunyai bulu 3 warna, selalunya adalah kucing mandul.

3. Kucing memiliki 30 batang gigi di dalam mulutnya.

4. Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 jenis bunyi berbanding anjing yang hanya boleh mengeluarkan kira-kira 10 bunyi.

5. Kucing yang bermata biru selalunya pekak. Semua anak kucing dilahirkan bermata biru bila semakin besar barulah warna mata berubah bermaksud anak kucing dilahirkan pekak.

6. Kucing boleh mencari jalan pulang biarpun dibuang beberapa kilometer jauh dari rumah.

7. Seekor kucing mampu melompat tujuh kali lebih tinggi dari tubuhnya.

8. Kucing adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam.

9. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia.

10. Memori seekor kucing jauh lebih baik berbanding anjing dan monyet.

11. Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati. Dan jika ada kucing peliharaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan mencukur kening mereka sebagai tanda sedang berkabung.

12. Kucing ada kebolehan menenangkan manusia. Bila kita membelai kucing, tekanan darah akan turun dan denyutan jantung akan menjadi lebih stabil.

13. Kucing mampu berlari hampir 50km/jam

14. Seekor kucing betina akan hamil kira-kira 58 – 65 hari.

15. Coklat boleh menjadi racun kepada kucing. Begitu juga dengan aspirin. Elak memberi ubat manusia kepada kucing.

16. Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif kepada bau, hampir 40 kali leih dari manusia.