KEJAM! Akibat Tertidur Dalam Mesyuarat - Menteri Ini Dibunuh!



MENTERI Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-chol dilaporkan dibunuh hanya disebabkan tertidur ketika menghadiri mesyuarat menteri-menteri bersama pemimpin negara komunis itu, Kim Jong-un menurut laporan agen perisik dari Korea Selatan.

Agensi perisikan itu melaporkan Hyon ditembak mati pada 30 April lalu di hadapan ratusan saksi yang hadir.

Berita itu terbongkar seminggu lalu selepas 15 pegawai atasan kerajaan turut dikenakan hukuman sama selepas mengingkari dan membantah arahan Kim.

Termasuk mereka adalah dua timbalan menteri yang telah mencabar polisi pemerintahan Kim.

Di Korea Utara, tiada sesiapa dibenarkan membantah arahan daripada ketua negara mereka.

Menurut BBC, pertukaran menteri di Korea Utara memang sentiasa berlaku tetapi hukuman mati terhadap Hyon tidak diduga memandangkan beliau merupakan salah seorang menteri kabinet yang telah lama berkhidmat di bawah pemerintahan legasi Kim.