KEJAM! Aksi Melatih Kucing Jadi Kuat Dikecam Kerana Sangat Kejam

Latihan Kucing yang Dikategorikan Kejam | Seorang pengguna laman sosial dikecam kerana berkongsi gambar latihan kucing yang dikategorikan sebagai kekejaman terhadap haiwan.



Pengguna laman sosial itu dengan selambanya menganggap 'latihan' terbabit yang dikatakan dilakukan oleh jirannya sebagai bahan jenaka.

Pelbagai reaksi dan komen yang diberikan terhadap gambar terbabit dan hampir semua pengguna laman sosial bersetuju perbuatan terbabit adalah kejam dan tidak boleh diterima.

Berikut merupakan gambar penganiayaan terhadap kucing malang tersebut:



Menurut seorang pengguna laman sosial yang prihatin terhadap nasib haiwan terbabit:

'Latihan' ke atas haiwan yg bukan mengikut fitrahnya bukanlah sejenis bahan hiburan.

Jika teguran dibuat secara 'private message', bukanlah bentuk teguran yg sesuai kerana teguran peribadi utk 'dosa peribadi' (dosa dgn Allah-solat,puasa dsbg)...

Teguran bersifat awam utk 'dosa dgn makhluk' supaya severity of the conduct is taken seriously...

Jadi, kepada anda di luar sana, hentikanlah kekejaman terhadap haiwan dan yang paling penting, mohon semua menunjukkan belas kasihan kepada mereka kerana mereka juga berhak di atas muka bumi ini.