Kenali Fakta Makanan Segera Yang Amat Mengejutkan!

TERKEJUT DENGAN FAKTA MAKANAN SEGERA ! – Keburukan Makanan Segera Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Makanan segera memang sesuatu yang sangat cepat dan mudah untuk didapatkan. Malah ia juga cara paling menjimatkan masa seiring dengan nama ‘segera’ itu sendiri.

Tapi tahukah anda, di sebalik kita mengejar masa mahu cepat makan dalam masa yang sama juga kita juga menempah bahaya sendiri? Okay, kami mengaku kadang-kadang kami pun makan fast food ini tetapi bukanlah selalu.

Kami kongsikan beberapa fakta dan juga helah yang digunakan oleh industri makanan segera ini untuk sama-sama dikongsikan bersama. Tidak menjadi kesalahan pun jika lepas kita share, kemudian kita makan juga mana-mana restoran fast food.

1. Restoran Makanan Segera Beritahu Anda Apa Yang Anda Patut Rasa


Sedap sehingga menjilat jari atau hot and juicy. Ini antara perkara yang yang selalu kita lihat. Menceritakan keenakan sesuatu perkataan dengan terperinci terbukti meninggalkan impak kepada pelanggan.

Tujuannya dari segi pemasaran adalah untuk menanam perkataan sedap atau juicy itu di dalam kepala pelanggan. Malah kami juga pernah makan di restoran makanan segera dan dalam tidak sedar, mengakui burger yang kami makan memang betul-betul juicy. Benda sedap, kita cakap sedap.

2. Anda Mahu Fries dan Air, Large?

Ini merupakan salah satu cara licik bagaimana restoran makanan segera untuk menarik duit anda. Kami pasti ramai yang pernah mengalami situasi sebegini dan akhirnya terpedaya untuk menambah size set.

Pihak restoran hanya mahu membuat keuntungan, sementara anda cuma membeli untuk menambah kalori yang badan anda tidak perlukan. But then, siapa yang fikirkan sangat mengenai kalori jika memilih untuk makan di restoran makanan segera, bukan?

3. Mengalih Tumpuan Kanak-Kanak

Anda bawa keluarga makan di restoran makanan segera bersama-sama anak kembar 4 anda dan kami yakin semua mahu makan dengan aman. Tiba-tiba ada pula tempat untuk bermain yang disediakan khas untuk kanak-kanak.Jujurnya, kanak-kanak bukanlah kisah sangat dengan burger (tapi kanak-kanak suka nugget).

Rasa-rasanya, antara tempat bermain ditambah pula dengan pelbagai alat permainan lain dan makanan, apa yang anak anda akan lebih utamakan?
Akhirnya lokasi sebegini menjadi pilihan kerana ia mampu memberi peluang kepada anak-anak bermain sambil anda makan sampai kenyang dan selesa. Kami tidak ada anak lagi jadi tidak mahu komen lebih.

4. Warna Setiap Restoran Makanan Segera Lebih Kurang Sama

Kami yakin anda boleh perasan bukan bahawa kebanyakan warna yang digunakan lebih kurang sama, iaitu warna merah dan kuning. Pasti selepas ini semakin alert dengan warna ini.

Ini kerana dua warna tersebut sememangnya terbukti menimbulkan dan membuatkan anda untuk makan. Melalui kajian yang dijalankan, warna kuning mencetuskan selera makan anda manakala warna merah memberi tindak balas kepada otak mengenai perkara berkaitan dengan kepantasan (kajian daripada University of Rochester).

Mungkin ini antara perkara yang kita tidak sedar. Manakan tidak, selepas penat teman isteri shopping, kita mula lapar dan nampak warna-warna sebegini seakan menarik kita. Magik bukan? Magik jika anda lapar sangat.

5. Menggalakkan Pembelian Secara Banyak, Berkumpulan

Ini selalu terjadi bila kita pergi makan ramai-ramai dan ada disediakn set untuk 5 atau 6 orang. Ada juga pilihan dalam bentuk bucket (oh, ini memang sukar untuk ditolak). Malah, sudah terbukti dalam kajian bahawa kita akan bertindak untuk makan lebih jika lebih ramai orang yang turut serta.

Ini selalu terjadi bila kita pergi makan ramai-ramai dan ada disediakn set untuk 5 atau 6 orang. Ada juga pilihan dalam bentuk bucket (oh, ini memang sukar untuk ditolak). Malah, sudah terbukti dalam kajian bahawa kita akan bertindak untuk makan lebih jika lebih ramai orang yang turut serta.

6. Colonel Sander Benci KFC

Selepas meninggalkan KFC, Colonel Sanders selaku orang yang membangunkan jenama KFC itu sendiri membenci KFC. Dia menyifatkan makanan yang disediakan di KFC adalah ayam goreng yang paling teruk dia pernah lihat.

7. KFC untuk Krismas
Berdiri di atas kejayaan kempen pemasaran KFC selama 40 tahun, ayam gpreng yang dihidangkan sehingga kini menjadi salah satu tempat popular untuk makan malam untuk menyambut Krismas di Jepun.

Malah, ada di antara pelanggan yang menempah tempat di KFC dua bulan lebih awal sebelum Krismas. Cuba KFC letak rendang, ketupat dan satay, agak-agak ada orang tempah jugakah?

8. Subway Mempunyai Rantaian Restoran Terbesar Di Dunia

Subway yang anda selalu pergi konon-konon makan untuk diet itu merupakan restoran makanan segera yang mempunyai cawangan yang lebih banyak daripada McDonalds di seluruh dunia. Syukur masih ramai mahu makan makanan sihat.

9. Penghantaran Pizza Ke Angkasa Lepas

Pizza Hut pernah membuat penghantaran pizza ke International Space Station pada tahun 2001 dan ia menelan belanja lebih RM3 juta. Rindu makan pizza di bumi ya abang-abang angkasawan? Jangan buang sampah merata pula ya.

10. Pizza Hut Kemaruk Cheese
Setiap tahun, Pizza hut menggunakan lebih 150 juta kilogram cheese dan jumlah itu adalah 3% daripada pengeluaran keju di Amerika Syarikat. Anda boleh baca fakta tentang cheese di sini yang kami pernah kupas.

11. McDonalds Telah Bertapak Di Dalam Industri Makanan Segera Sejak 1948
Setiap tahun, Pizza hut menggunakan lebih 150 juta kilogram cheese dan jumlah itu adalah 3% daripada pengeluaran keju di Amerika Syarikat. Anda boleh baca fakta tentang cheese di sini yang kami pernah kupas.

Sudah lama nampaknya McDonalds bertapak di atas muka bumi. Eh, McDonalds sudah penuh semula ya?

12. Bagaimana Restoran Makanan Segera Kaut Keuntungan
Kebanyakan resotran makanan segera membaut keuntungan melalui kentang goreng dan juga air bekarbonat. Perasan atau tidak, air yang anda minum hanya dalam kuantiti sikit dan ya, kentang memang murah.

13. Malaysia Suka Makan Makanan Segera
Dalam satu survey yang dijalankan beberapa tahun dulu, Malaysia mengekor rapat di belakang Hong Kong dengan purata makan 59% yang mengatakan mereka akan makan makanan segera seminggu sekali.

Apa-apa pun, kami sangat faham rakyat Malaysia memang sukakan makanan, tidak kisah sama ada makanan segera mahu pun tidak. Bagi Vitdaily, jika mahu makan, tidak mengapa cuma biarlah pengambilan setiap makanan itu berpada-pada.

Semua perkara pun jika diambil dengan kuantiti yang lebih pasti bakal mengundang perkara yang merosakkan.