Luahan Dr. Khairul Hafidz Tegur Drama dan Filem Melayu Salah Guna Alatan Perubatan

Doktor Tegur Drama dan Filem Melayu Salah Guna Alatan Perubatan



Luahan Dr. Khairul Hafidz Tegur Drama dan Filem Melayu Salah Guna Alatan Perubatan | Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Khairul Hafidz meluahkan rasa kecewanya terhadap filem dan drama melayu yang dipercayai telah menyalahgunakan alatan perubatan.

Walaubagaimanapun, filem dan drama melayu masih tetap diminati dan orang ramai masih kurang pengetahuan mengenai peralatan perubatan khususnya untuk babak-babak sakit, kematian yang dirakamkan dalam hospital mahupun klinik.

Nasihat utama doktor kepada penggiat seni tanah air khususnya yang terbabit dalam pembikinan filem dan drama, minta sedikit nasihat mereka yang pakar dalam bidang perubatan khasnya dalam urusan penggunaan material.

Jadi, apakah sebenarnya kesalahan dalam menggunakan alatan perubatan itu? Jom kita baca ulasan doktor tersebut di bawah ini:

“Di laman twitter kebelakangan ini, saya banyak memberi komentar mengenai penggunaan alat perubatan dan medical term yang mereka gunakan.
Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam penggambaran.

“Kena faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat di kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya, orang ramai secara tak sedar akan percaya apa yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan untuk ubah persepsi masyarakat.

“Pengarah drama dan filem kena lebih teliti, buat kajian dulu sebelum buat penggambaran, jangan hentam semberono.

Saran saya, guna khidmat doktor penasihat, supaya drama atau filem tak nampak jelek.

“Biar belanja lebih sikit, asal kualiti filem dan drama kita terjaga. 

Antara kesalahan yang dapat dilihat pada Drama dan Filem tempatan:




Apa-apapun, tujuan utama doktor terbabit menegur bukanlah untuk menjatuhkan martabat industri perfileman negara. Tujuan utamanya adalah agar industri perfileman negara mengambil iktibar dan inisiatif agar drama dan filem melayu tidak dipandang rendah dan menjadi bahan jenaka untuk mereka yang berpengetahuan luas dalam penggunaan alatan perubatan.