Penawar Sakit Buah Pinggang – Pastikan Anda Pilih 10 Jenis Makanan Ini

Penawar Sakit Buah Pinggang – Pastikan Anda Pilih 10 Jenis Makanan Ini

Fungsi buah pinggang sangat penting buat tubuh. Jika buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik, bermakna anda telah terkena penyakit yang sangat berbahaya dan pengakhirannya membawa kepada kematian.



Selain perlu tahu menjaga kesihatan buah pinggang, anda juga harus tahu pengambilan makanan sihat untuk buah pinggang anda. Kesihatan buah pinggang perlu sentiasa dijaga agar tetap sihat. Pemilihan makanan yang sihat boleh menjadi penawar sakit buah pinggang. Anda juga disarankan untuk minum air putih secukupnya bagi membantu proses pembuangan racun dalam badan. Kurangkan pengambilan makanan bakar ataupun digoreng. Sebaliknya, pilih masakan berkukus kerana ia mampu menjaga fungsi buah pinggang dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya tersebut.

Putih Telur
Tubuh  yang kekurangan kadar protein dan fosfor boleh membuatkan fungsi buah pinggang jadi  menurun atau bermasalah. Untuk membantu mencegah risiko tersebut, anda disarankan memakan putih telur. Manakala bahagian kuningnya, jangan dijamah!

Kubis Bunga
Kubis bunga mempunyai banyak kandungan yang baik untuk membantu menjaga kesihatan buah pinggang. Antaranya  ‘indole’, ;glucosinolate’ dan ‘thiocyanate’. Kesemua kandungan tersebut mampu membantu menyingkirkan pelbagai macam racun yang ada dalam tubuh.

Bawang Putih
Bawang putih memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Selain itu, terdapat kandungan anti pembekuan yang dapat mengurangi terjadinya risiko pelbagai macam penyakit jantung. Bawang putih juga mampu menurunkan kadar kolestrol yang tidak baik dan membantu mengurangkan terjadinya peradangan pada tubuh.

Tauge
Bagi anda yang memiliki penyakit batu karang atau ingin menjauhi penyakit tersebut makanlah tauge mentah-mentah. Ini adalah kerana tauge sangat bagus dimakan secara mentah dibandingakan yang sudah dimasak. Tauge baik dalam membantu membersihkan buah pinggang dan juga mencegah risiko terkena penyakit batu karang.

Paprika Merah
Menurut  sumber yang diperoleh daripada ‘Health Me Up’, paprika merah dikatakan dapat membantu menghancurkan sisa-sisa racun yang masih tersisa dalam tubuh.

Keluarga Berries
Beberapa jenis buah-buahan daripada keluarga berries, antara lain cranberry, blueberry dan strawberry. Buah-buahan tersebut sangat elok dan bagsu untuk  menjaga kesihatan buah pinggang. Berries mengandungi banyak sekali kandungan anti inflamasi sehingga mampu mengurangi terjadinya peradangan dan juga mampu meningkatkan kerja dari kandungan air kencing.

Epal
Epal merupakan buah yang bagus dalam membantu proses pembuangan racun pada tubuh (detoks). Selain itu, epal juga boleh membantu menjaga agar buah pinggang tetap bersih.

Bawang Merah
Bawang merah merupakan penawar semulajadi untuk mengubati penyakit buah pinggang. Pengambilan bawang merah boleh dijadikan sebagai penawar racun yang akan menjaga kesihatan buah pinggang.

Ikan
Ikan mengandungi lemak omega 3 yang bagus untuk kesihatan buah pinggang kerana  bersifat anti inflamasi. Selain itu, ikan juga memiliki banyak kandungan protein yang mampu menjaga tubuh agar tetap sihat dan juga baik untuk otak. Ada beberapa jenis ikan yang baik untuk buah pinggang, antaranya makarel, salmon dan tuna.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun cukup berkhasiat, bukan setakat menjaga tubuh agar tetap sihat. Malahan penampilan anda kekal cantik. Minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan  jantung. Ini adalah minyak zaitun memiliki kandungan anti inflamasi asid lemak  dan  mampu menjaga buah pinggang agar tetap sihat.