Cara Dapat Kulit Bersih Tanpa Cela : Guna 4 Bahan Ajaib Ini

CARA DAPAT KULIT BERSIH TANPA CELA : GUNA 4 BAHAN AJAIB INI




Selalu kita dengar ramai wanita merungut dengan wajah yang mudah berjerawat dan bercela. Mereka berpendapat agak sukar untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih semulajadi. Tidak hairanlah, banyak produk kecantikan menawarkan penyelesaian kepada masalah itu, namun hasilnya agak kurang memuaskan.

Jadi, daripada anda berhabisan duit membeli produk kecantikan yang belum tentu bermanfaat buat kulit wajah anda, apakata mulai hari ini anda cuba sesuatu yang baharu dan lebih bersifat semulajadi. Ini, kami kongikan 5 bahan yang boleh digunakan bagi mendapatkan kulit wajah bersih tanpa cela.

1. Serbuk Kunyit
Untuk hasil terbaik, campurkan sedikit serbuk kunyit bersama yogurt, ditambah dengan sedikit madu ataupun minyak zaitun, kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit.

2. Minyak Jojoba
Minyak jojoba adalah sama dengan sebum yang kulit anda hasilkan. Dengan menepuk sedikit minyak jojoba pada wajah, kulit wajah anda akan ‘tertipu’ untuk mempercayai ia menghasilkan minyak mencukupi, sekaligus melambatkan pengeluaran minyak.

3. Cuka Epal
Ramai orang minum cuka epal untuk mendapatkan kulit yang lebih baik, namun ia juga boleh disapukan pada wajah. Ia terdiri daripada asid yang akan membantu membersihkan liang-liang pada wajah anda.

4. Kentang
Untuk membantu memudarkan kesan jerawat lama, potong kentang pada separuh dan sapukan pada parut tersebut. Enzim yang terdapat dalam kentang akan membantu kulit bercela untuk sembuh secara semulajadi.

Mudah, bukan? Selamat mencuba!

Sumber : www.wanista.com

Artikel Terkait