Kenali Tips Dan Panduan Perfume Original Yang Perlu Anda Tahu

Kenali 'perfume' original



Sedikit tips dan panduan untuk mengenali minyak wangi (perfume) berjenama terkenal yang sah.

Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.

Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah berlainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti Botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.

Tester Perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

'ORIGINAL REJECT PERFUME'

INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject?
Cubalah fikir-fikirkan.

Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang asli telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.

Perbezaan perfume tiruan yg mudah dikesan:
- kualiti botol amatlah rendah (selalunya mereka claim original reject)
- tak datang bersama kotak (selalunya mereka claim original reject kotak telah rosak)
- printing ada kesilapan (maklumat) dan kadangkala printing bermutu rendah (senget atau kabur).
- penutup botol amat longgar dan amat mudah tercabut.