Lelaki Ini Dikutuk Dan Dihina Kerana Mempunyai Isteri Yang Sangat Cantik

Tags





Hanya kerana memiliki seorang isteri yang jelita, seorang lelaki dari wilayah Hebei, China menjadi mangsa kecaman pengguna internet.

Mei Aisi, seorang ahli perniagaan, kini menetap di Ukraine dan bertemu jodoh dengan wanita berusia 19 tahun dari negara berkenaan.

Ada yang menuduh isteri Aisi sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.



Mereka bertemu ketika Mei Aisi baru sahaja memulakan kehidupan di Ukraine sebagai jurugambar, beberapa tahun lepas.

Tidak dapat dipastikan nilai kekayaan Aisi namun dia kini sedang membina sebuah sebuah vila sendiri seluas 3,000 meter persegi.



Walaupun datang dari keluarga yang sederhana, Mei Aisi telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam karier.

Pun begitu, tindakan Mei Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China.

Ada yang tanpa rasa bersalah menuduh isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.

Pasangan itu mempunyai seorang anak.

Memetik laporan CCTV News, Aisi berkata wanita Ukraine tidak begitu memandang rupa dan harta. Malah untuk memikat hati bakal mertua juga tidak sukar.

“Anda hanya perlu bawa wain dan sejambak bunga, dan anda akan dapat restu mereka,” kata Aisi lapor Astro Awani.

Artikel Terkait