Trend Perkahwinan Sekarang - Kucing Dijadikan Hantaran Perkahwinan

Gambar Comel Apabila Kucing Dijadikan Hantaran

Pasti anda terkejut apabila mengetahui haiwan comel kesayangan ini dijadikan hantaran. Selalu kita lihat barangan seperti sejadah, telekung, beg dan macam-macam lagi barang keperluan dijadikan hantaran. Namun, kali ini benda hidup bernyawa.

Pasti pasangan ini sangat gemar dan sayang kepada kucing.

Menerusi gambar yang dikongsikan, ada lebih daripada 10 ekor kucing dijadikan hantaran yang diletakkan dalam dulang berhias.

Mungkin anda juga mahu melakukan perkara yang sama.

Jom kita lihat gambar comel gila apabila kucing dijadikan hantaran.