Elakkan Memberi 8 Jenis Makanan Ini Kepada Kucing Anda

Kebiasaan kita apabila ada kucing yang mengiau lapar, kita main bagi ja makanan yang ada kepada kucing kan. Kucing kalau lapar memang semua benda dia telan tapi sistem pencernaan kucing sebenarnya tak sama dengan manusia. 

Ada sesetengah makanan boleh jadi racun kepada kucing, tak pasal-pasal jadi arwah kucing kesayangan hampa tu. Kita nak share sikit 8 makanan yang menjadi racun ni.

1. Coklat



Semua coklat mengandungi theobromine terutamanya coklat gelap dan coklat masakan yang tidak manis. Mengakibatkan masalah jantung, sawan dan gegaran otot. Mengandungi kafein.

2. Teh, kopi dan minuman bertenaga



Mengandungi kafein yang menyebabkan kucing tidak tenang, sesak nafas, gegaran otot dan jantung berdebar.

3. Bawang merah dan bawang putih



Pada kadar tertentu, pengambilannya bagi kucing boleh memberi masalah. Seulas bawang putih atau daun bawang mengakibatkan masalah pencernaan. Sesetengah bawang akan mengakibatkan anemia.

4. Kismis dan anggur



Tidak banyak kes yang melibatkan kucing tetapi mengakibatkan kegagalan ginjal bagi anjing. Elakkan daripada diberi kepada kucing juga.

5. Makanan tenusu



Sesetengah kucing tidak boleh menerimanya lalu muntah-muntah dan cirit birit.

6. Alkohol



Menyebabkan kerosakan hati dan otak yang teruk walaupun hanya diberikan satu sudu besar.

7. Daging mentah, telur mentah dan ikan mentah



Menyebabhkan muntah-muntah, cirit birit atau keadaan menyakitkan dipanggil 'pancreatitis' dan juga risiko terdedah kepada salmonella dan E. coli yang terkandung dalam makanan mentah tersebut.

8. Xylitol



Pemanis makanan yang banyak digunakan dalam makanan tanpa gula terutamanya gula-gula getah. Tiada rekod kucing sakit disebabkannya tetapi anjing mengalami penurunan gula dalam darah secara mendadak (mengakibatkan sawan atau mungkin kematian) diikuti dengan kegagalan hati. Lebih baik jangan diberi kepada kucing.


Artikel Terkait