Mizz Nina Dah Tak Rindukan Dirinya Yang Dulu
TANPA sebarang pengumuman khas atau publisiti, penyanyi Mizz Nina yang bertudung selepas menunaikan haji beberapa bulan lalu terus positif melangkah dengan imej barunya itu.
Jika anda terfikir adakah penyanyi yang cukup ligat di pentas hiburan ini tidak merindui imejnya yang dulu, ini jawapannya menerusi sebuah sisipan hiburan akhbar tempatan, semalam:
“Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar satu pesona bintang di atas pentas hiburan.
“Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkala saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak bererti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?” ujarnya.
Menjelaskan perubahannya itu buat atas paksaan sesiapa, Nina berkata, dia sendiri yang memikirkan perkara itu.
”Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?
“Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.
Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.
“Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik,” katanya.
Fuh, memang terbaik jawapannya! Beruntung Noh mendapat isteri sebijak Nina. Diharap perubahan ini akan dijadikan contoh oleh orang lain di luar sana.
Pendek kata, jangan begitu mudah menetapkan syurga atau neraka untuk seseorang kerana kita tidak tahu bila tiba masanya, kehidupan mereka mungkin berganda-ganda lebih baik daripada kita. Betul tak?