Panduan Solat Hajat Berserta Niat dan Doa

Panduan Solat Hajat Berserta Niat dan Doa



Solat sunat hajat dilakukan jika kita mempunyai hajat untuk dipohon kepada Allah SWT. Hajat yang dipohon haruslah tidak melanggar syariat islam. Dan, satu yang kita kena tahu , Allah rindu mendengarkan rintihan hambanya untuk memohon dan bermunajat kepadaNya.

Panduan Solat Hajat
Solat sunat hajat dilakukan dengan pelbagai cara . Ada yang dilakukan 2 rakaat ada juga yang dilakukan sehingga 12 rakaat. Pada artikel ini ditunjukkan cara melakukan solat hajar dengan mudah iaitu 2 rakaat.


Niat Solat Hajat
"Ussolli Sunnatalahajti,rakataini lillahitaala"

- Baca  Al Fatihah dan surah pada rakaat pertama, begitu juga pada rakaat kedua.
- Tidak ada surah khusus yang wajib dibaca semasa mengerjakan solat hajat ini.
- Pada sujud terakhir, sematkan di dalam hati apa yang dihajatkan.


Doa Selepas Solat Hajat
- Tiada doa khusus yang disyariatkan untuk dibaca selepas solat hajat. Boleh berdoa seperti biasa menggunakan bahasa sendiri.
- Ataupun berdoa mengikut doa yang selalu anda baca selepas menunaikan solat fardhu setiap hari.