Senarai 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2015

Seperti yang dilapokan laman web Forbes. Senarai orang paling kaya di Malaysia untuk tahun 2015 didahului dengan Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yakni menjadi orang terkaya di Malaysia selama 10 tahun berturut – turut. Nilai kekayaan lebih kurang USD 11.3 billion menjadikan beliau manusia terkaya di Malaysia untuk tahun 2015.



Senarai yang pertama iaitu Tan Sri Robert Kuok dengan nilai kekayaan US$11.3 billion yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini serta kelapa sawit dan lain-lain lagi. Diikuti dengan Tan Sri T. Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan US$9.7 billion dengan sumber kekayaan daripada syarikat Usaha Tegas, Astro, Maxis dan lain-lagi. Tempat ketiga pula ialah Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai kekayaan USD$5.6 billion iaitu sumber kekayaan melalui syarikat utama Hong Leong Group Malaysia dan lain- lain lagi. Berikut dikongsikan 10 orang manusia terkaya di Malaysia untuk tahun 2015.

Senarai 10 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2015

1. Tan Sri Robert Kuok, US$ 11.3billion



2. Tan Sri T. Ananda Krishnan, US$9.7 billion



3. Tan Sri Quek Leng Chan, USD$5.6 billion



4. Tan Sri Lim Kok Thay, USD$5.5 billion



5. Tan Sri Teh Hong Piow, USD$5.4 billion



6. Tan Sri Lee Shin Cheng, USD$4.6 billion



7. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay, USD$3 billion



8. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, USD$2.9 billion



9. Goh Peng Ooi, USD$1.6 billion



10. Tan Sri Lee Oi Hian & Dato Lee Hau Hian, USD$1.5 billion



Melihat senarai di atas menunjukkan manusia paling kaya di Malaysia untuk tahun 2015 didominasi oleh kaum Cina, manakala kaum melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah turun ke tangga nombor 8 berbanding no 7 pada tahun 2014.