Tips Mudah Hilangkan Kesan Hangus/Hitam Dibawah Seterika

Sudah tentu ramai yang terlibat dengan kerja-kerja mengosok pakaian akan berhadapan dengan masalah bawah seterika yang hangus dan hitam. Kejadian yang berlaku tanpa kerelaan kita kan? Lagi sadis apabila kesan memang susah untuk ditanggalkan kalau tidak tahu caranya.



Kesan hangus tersebut juga boleh memberi kesan yang kotor pada pakaian yang digosok. Namun anda jangan risau, kepada yang belum tahu, dibawah kami kongsikan tips untuk menghilangkan kesan hangus dan hitam berkenaan.



Tip semudah abc ini dikongsikan menerusi laman web Impiana:

  1. Hidupkan seterika pada kepanasan sederhana.
  2. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang.
  3. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.

Ha, mudah jer bukan? Selamat mencuba!