[#RESPECT] 4 Remaja Malaysia Bantu Seorang Wanita Yang Ingin Melahirkan Anak Di Sunway Piramid

4 Remaja Malaysia Bantu Seorang Wanita Yang Ingin Melahirkan Anak di Sunway Piramid




Pada hari Selasa lalu, 23 September 2015, 4 remaja ini telah melakukan satu perkara yang patut dicontohi. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi pada hari tersebut mereka bersama-sama membantu seorang wanita yang bakal bergelar ibu di pusat membeli belah Sunway Piramid.

Empat gadis luar biasa ini membantu wanita terbabit melahirkan anak sementara menunggu ketibaan ambulans selepas wanita ini mengalami contraction untuk bersalin. Bayi walau bagaimanapun telah selamat dilahirkan.

Hanya mengetahui nama mereka, akaun rasmi Facebook Sunway Piramid memuat naik status yang menceritakan kejadian yang berlaku di pusat membeli belah tersebut. Pihak Sunway Piramid meminta orang ramai yang mengetahui mereka untuk tag nama mereka di status tersebut.



Pihak Sunway Piramid juga dalam status tersebut mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat gadis remaja yang berusia lingkungan 15 ke 19 tahun. Ini adalah sikap yang harus dicontohi oleh orang ramai dan pihak Sunway Piramid berasa terharu dengan apa yang telah mereka lakukan. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pasangan Mr dan Mrs Kee atas kelahiran bayi mereka.

Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi tetap bersatu membantu apabila berlakunya kecemasan seperti ini. Tahniah kami ucapkan.