6 Jenis Makanan Lazat Ini Buatkan Gigi Anda Jadi Kuning!

6 Minuman Lazat Ini Buatkan Gigi Anda Jadi Kuning!





Mesti secara tak sengaja baju anda pernah terkena air teh ataupun kopi dan tinggalkan kesan warna kuning? Haaa.. sama juga terjadi pada gigi anda.

Gigi yang putih boleh berubah jadi kuning jika anda terlalu banyak minum kedua-dua minuman tersebut.

Mesti malu nak senyum nampak gigi kalau dah gigi tu kuning. Jadi, elakkan 8 minuman sedap ini supaya gigi anda terus putih dan cantik!

1. Teh hitam


Teh mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Teh hitam kaya dengan tannin yang menyihatkan tubuh tetapi juga boleh membuatkan gigi anda jadi kuning. Lebih selamat jika anda amalkan teh hijau pula lepas ni!

2. Minuman ringan


Minuman ringan atau soft drink memang sedap. Selain bahaya untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi, ia juga membuatkan gigi anda jadi kuning kerana mampu menghakis enamel gigi.

3. Kopi


Kopi mampu buatkan kita terjaga kerana kandungan kafein. Namun ramai yang tahu bahawa kopi membuatkan warna gigi jadi kusam dan kuning. Tambahkan susu di dalam kopi untuk kurangkan kesan buruk pada gigi anda.

4. Gula-gula


Gula-gula memang manis. Tapi anda juga perlu tahu keburukannya pada gigi. Ini kerana kandungan gula akan melekat pada gigi dan merosakkan enamel gigi, akhirnya gigi anda jadi kuning. Buruknya!

5. Jus buah


Jus buah banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Tetapi, ia juga beri kesan buruk pada gigi anda. Jus buah terutama yang berwarna gelap seperti anggur atau cranberry akan meninggalkan sisa pada gigi anda dan menjadikan gigi kuning. Jadi, lepas minum jus, pastikan anda minum air putih.

6. Kicap


Kicap memang melazatkan. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa kicap juga boleh menyebabkan gigi anda menjadi kuning.