MATI SEBAB NAK CANTIK !!! - Hadiah Kemenangan Yang Sungguh Tragik
EQUADOR – Seorang ratu cantik remaja, Catherine Cando, meninggal dunia dalam keadaan tragik ketika menjalani rawatan sedut lemak atau liposuction. Rawatan itu merupakan antara hadiah yang dimenangi dalam pertandingan Ratu Cantik Duran.
Cando, 19 tahun yang juga seorang pelajar jurusan perubatan dinobatkan sebagai Ratu Cantik Duran pada pertandingan yang disertai Oktober lalu.
Selain hadiah rawatan sedut lemak secara percuma, dia juga memperolehi sebuah kereta Aveo dan beberapa hadiah lain yang menarik.
Pada mulanya Cando enggan menjalani rawatan berkenaan meskipun juri pertandingan mencadangkannya berbuat demikian bagi mengurangkan sedikit lemak.
Malah Cando memberitahu media tempatan bahawa dia mahu membuang lemak tersebut melalui senaman.
Menurut abangnya, Daniel Zavala, 24, selepas dipujuk oleh pakar kecantikan, Cando akhirnya menjalani rawatan sedut lemak itu dengan harapan ia dapat menghentikan mereka daripada menganggunya.
Dia menjalani rawatan itu di sebuah klinik swasta pada 10 Januari lalu namun meninggal dunia.
Doktor memaklumkan Cando mengalami serangan jantung namun peguam keluarganya memberitahu kematian Cando adalah disebabkan otaknya membengkak.
Doktor berkenaan kini ditahan bagi mengelakkan dia melarikan diri sementara siasatan sedang dijalankan oleh polis bagi mengetahui punca kematian.
Kematian tragik Condo itu berlaku sama seperti kes yang menimpa model dari Brazil, Pamela Nascimento, 27, yang meninggal dunia juga akibat pembedahan sedut lemak pada 2011.