Halalkah Gaji Pekerja Beragama Islam Yang Menghidangkan Arak?

Halalkah Gaji Pekerja Islam Yang Menghidang Arak?



Soalan:

Adakah halal gaji pekerja Islam yang menghidangkan arak, daging yang haram, membenarkan permainan judi dan sebagainya? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau?

Jawapan:
Saya memetik jawapan Sheikh Abdul Munsif Mahmud seorang ulama Universiti Al-Azhar apabila diajukan soalan yang sama, beliau menyatakan:

Wajib bagi orang tersebut meninggalkan pekerjaan itu sehinggalah dia tidak bertemu lagi dengan perkara-perkara mungkar yang boleh menyebabkan dirinya terjebak. Sekiranya tidak boleh berhenti maka ketika itu hendaklah dia menjaga agamanya dengan menjauhkan diri dari suasana begitu disamping mencuba mencari pekerjaan lain.

Berdasarkan hadith sahih, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya ada perkara yang meragukan (syubhat) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang berjaga-jaga dari yang syubhat maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya dan barangsiapa yang mengambil yang syubhat maka sesungguhnya (ia mungkin) telah melakukan yang haram…” (AlBukhari & muslim)

Oleh yang demikian pekerja tersebut perlulah mencari kerja yang lain yang munasabah dengan kepakarannya dan yang sesuai dengannya. 

Firman Allah SWT (yang bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membuka baginya jalan keluar dan melimpahkan rezkinya dengan iada disangka-sangka”. (Surah al-Talaq 2, 3)

Demikian juga saranan kepada pekerja yang terhalang bagi melakukan solat fardhu dan solat jumaat untuk mengambil tindakan yang serupa.

Ruj: Anda bertanya ulama Al-Azhar menjawab. Mohd Nasir Abd Rahim USM P.Pinang.

Wallahu a’lam
Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Maahad Darul Faizin