MENGEJUTKAN! Produk Qu Puteh Whitening Diharamkan Kerana Kandungan Merkuri Yang Tinggi

Produk Qu Puteh Whitening diharamkan kerana kandungan merkuri yang tinggi – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi membenarkan satu produk pemutih kosmetik terkenal, iaitu produk Qu Puteh Whitening dari dijual di pasaran tempatan selepas ianya dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.



Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (bunyi desingan telinga) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk berkenaan selama lebih kurang tiga bulan.



Bagaimapun, pengguna terbabit telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut. Laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang mendedahkan mengenai hasil kajiian produk itu.

Pihak syarikat produk itu diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta serta menarik balik kesemua stok fizikal dari pasaran dalam temph 72 jam.

Walaubagaimana pun, hal ini masih belum dapat maklum balas daripada pemilik produk terkenal berkenaan.