SEMAK SAMAN JPJ – SEMAKAN SAMAN ONLINE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

SEMAK SAMAN JPJ – SEMAKAN SAMAN ONLINE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN



Cara mudah untuk semak saman JPJ? Kini anda boleh buat semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara online dan juga sistem pesana ringkas (SMS) menerusi beberapa kaedah dibawah.

SEMAKAN ONLINE SAMAN JPJ

MyEG Services – Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh JPJ di sini.



Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Layari www.myeg.com.my
2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
4. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ.
5. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.



Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Layari laman Pertanyaan Saman JPJ.
2. Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik menu dropdown untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN. (contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
3. Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
4. Akhir sekali klik butang “Semak”. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.

SEMAK SAMAN JPJ SECARA SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej. Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:



Taipkan: JPJ SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

Contoh:

JPJ SAMAN 841220122332

atau

JPJ SAMAN WEP1234

– – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Semoga info diatas membantu anda.

Sekian terima kasih.