TIPS PILIH CERMIN MATA IKUT BENTUK MUKA

TIPS PILIH CERMIN MATA IKUT BENTUK MUKA



Berapa ramai daripada rakan-rakan anda memakai cermin mata? Cermin mata adalah keperluan bagi mereka yang rabun dekat mahupun jauh tetapi itu tidak bermaksud ia akan menurunkan darjat dan gaya anda!

Apa yang pasti, pilihan cermin mata yang tepat mengikut bentuk muka akan membuatkan anda tampil lebih matang dan sofistikated.

'Apabila sudah kenalpasti bentuk muka, cari cermin mata yang bertentangan dengan wajah anda supaya temui keseimbangan'



Wajah 'Petak'

Bentuk petak boleh dikatakan terlalu serius dari segi penstrukturan. Bagi mereka, carilah cermin mata yang akan kurangkan ataupun lembutkan struktur muka yang geometrik itu dengan pilihan yang nipis dan agak bulat.

Antara cermin mata yang sesuai:



Wajah 'Bulat'

Secara ringkasnya, wajah yang bulat memerlukan struktur. Jadi, elak daripada memakai cermin mata yang bulat namun disebaliknya, bentuk yang lebih tajam akan membuat wajah anda lebih seimbang dari semua sudut.

Antara cermin mata yang sesuai:



Wajah 'Tajam'

Lebih dikenali sebagai wajah segitiga, ia mewakili wajah yang memiliki dahi yang luas tetapi dagu yang tajam. Pilihan terbaik adalah cermin mata yang boleh meluaskan dagu anda.

Antara cermin mata yang sesuai:



Sumber: http://http://www.gq-magazine.co.uk/article/what-shape-glasses-suit-a-long-face-round-face-persol-ray-ban-glints

Artikel Terkait