URAT WANITA — Dari Firman Allah SWT dan
hadis-hadis Nabi SAW
1. Bulu kening — Menurut Bukhari,
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.
2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah
mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan
kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada
zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi — "Rasullulah melaknat
perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
"Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6. Muka dan leher — "Dan tinggallah
kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – "Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama,
pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - "Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW,
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat
Ibn Majah.
11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu
sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang
ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian — "Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka
ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk
syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah!
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan
Muslim.