Pesanan Untuk
Lelaki
“Jangan engkau
kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah,
dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat
sakit.
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku
membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum
ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya,
kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.