Tips Menjadi Ayah Yang Hebat
Kebiasaannya anak-anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah kerana ayah selalu sibuk bekerja dan jarang dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Namun siapa kata seorang ayah tidak boleh menjadi sahabat karib kepada anaknya.
Jika anda rasa ingin menjadi seorang ayah yang hebat, apa kata anda cuba tips di bawah ini:
Kerap luangkan masa dengan anak-anak
Bila berada di rumah, ayah perlu menghabiskan masa bersama anak-anak. Ajak anak-anak berbual tentang aktiviti harian mereka ataupun apa sahaja topik yang digemari oleh si anak. Ataupun ayah juga boleh mengajak anak-anak untuk melakukan aktiviti yang menyeronokan bersama.
Amalkan makan malam sekeluarga
Makan malam bersama keluarga adalah satu cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Ketika makan bersama di meja makan, setiap ahli keluarga akan dapat peluang untuk menceritakan tentang apa sahaja yang mereka lalui pada hari tersebut. Ketika ini ayah boleh memainkan peranan sebagai pendengar dan pemberi nasihat yang terbaik.
Jangan malu meluahkan kasih sayang
Kebiasaannya anak-anak menjauhkan diri akibat si ayah yang berasa kekok untuk memeluk, mencium atau meluahkan kasih sayangnya kepada si anak. Peluk dan ciumlah selalu anak-anak anda supaya mereka tahu walaupun muka ayah garang dan tegas tetapi dia tetap penyayang.
Berikan dorongan kepada anak
Apabila anak berjaya mencapai sesuatu yang positif atau berjaya melakukan sesuatu, si ayah perlu berikan dorongan dan kata-kata pujian kepadanya. Bagaimanapun jika anak gagal atau kurang berjaya, si ayah perlu elak dari mengherdik atau memarahi anak tersebut. Sebaliknya ayah perlu berikan kata-kata semangat atau perangsang kepada anak untuk terus mencuba lagi. Anak akan lebih berusaha bila dia tahu dia ada ayah yang menjadi pendorong utamanya.
Ayah adalah role model
Tanggungjawab utama seorang ayah adalah untuk mengajar anak-anaknya nilai-nilai positif dalam hidup. Ayah perlu tahu bahawa anak melihat apa sahaja yang ayah tunjukkan dan mereka akan belajar daripada diri anda. Oleh itu sebagai ayah yang hebat tunjukkan contoh terbaik supaya anak anda juga akan menjadi yang terbaik.
Semoga Tips Menjadi Ayah Yang Hebat ini dapat dijadikan panduan kepada kaum bapa diluar sana untuk menjadi ayah yang disayangi dan dihormati anak-anaknya.