6 Khasiat Air Basuhan Beras Untuk Mencantikkan Wajah yang Ramai Tidak Tahu

6 Khasiat Air Basuhan Beras Untuk Mencantikkan Wajah yang Ramai Tidak Tahu | Sebelum dimasak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Kebanyakan orang akan terus membuang air bekas cucian beras tersebut.



Namun tahukah air basuhan beras tersebut mengandung berbagai khasiat menakjubkan bagi manusia?

Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya.

* Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana terdapat banyak khasiat

1. Toner Kulit

Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus setiap kotoran dan sebum berlebih yang ada di kulit Anda. Jika anda mengamalakn rutin ini dalam beberapa waktu kulit wajah Anda akan lembut dan segar.

2. Masker Muka

Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Ambil kertas napkin dan potong di beberapa bahagian macam masker. Tuangkan air beras dalam mangkuk dan rendam kertas masker di dalamnya selama kurang lebih 10 minit.

Kemudian angkat dan perah. Secara perlahan tampalkan kertas itu di wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Wajah anda pasti akan merasa segar.



3. Pencuci Muka

Simpan air bekas cucian beras pada sebuah botol dan gunakan setiap kali Anda mencuci muka. Khasiatnya lebih tertumpu kepada pencahayaan kulit. Anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras ini.

4. Mengecilkan Liang Pori

Cuba celupkan gumpalan kecil kapas ke dalam air bekas cucian beras dan memakainya di wajah. Usapkan dan tekan secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Cara ini akan mampu mengecilkan liang pori.

5. Penyembuh jerawat

Disahkan oleh pakar kulit, Pakat kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah Anda.

Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.



6. Masker rambut

Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama kurang lebih 20 minit. Kemudian bilas menggunakan shampoo biasa plus kondisioner. Dalam sekali cuci anda akan memiliki rambut yang cantik dan bersinar tanpa perlu berbelanja mahal.

Jadi, tidak rugi untuk anda mencuba kerana rawatan air basuhan beras ini adalah percuma dan selalu hanya dibuang air bekas basuhan tersebut. Kalau anda berjaya? maka tidak perlulah anda berhabis duit banyak untuk membeli barangan penjagaan wajah yang mahal.