TIP PENTING! CARA BETUL & TERBAIK UNTUK CUCI RAMBUT
Anda boleh melakukannya hampir setiap hari, namun adakah anda benar-benar tahu bagaimana untuk mencuci rambut anda dengan cara yang betul? Menggunakan teknik yang betul boleh memberikan perbezaan ketara dalam kesihatan rambut anda, tetapi jika anda membuat beberapa kesalahan yang sama berulang kali, anda boleh merosakkan setiap helaian rambut tanpa mengetahuinya.
Jadi, kami kongsikan kepada anda tip mencuci rambut dengan betul berdasarkan apa yang telah dibongkarkan oleh NEWYork’s foremost hair pros — hair stylist Nunzio Saviano di Nunzio Saviano Salon, New York dan Kyle White, lead colorist di Oscar Blandi Salon.
1. Mulakan dengan bilasan
Sama seperti pakaian anda memerlukan kitaran bilas sebelum anda menambah bahan pencuci, rambut anda juga harus basah sebelum menambah syampu. Gunakan air suam kerana ia dapat membuka kutikel kepala, ini bagus untuk membuang segala kotoran yang terperangkap. Satu lagi bonus, apabila anda mencuci rambut dengan air suam, ia melonggarkan minyak melalui kulit kepala dan membuka kutikel sehingga ia mampu menyerap minyak pada perapi rambut.
2. Jika anda mempunyai rambut panjang, gunakan conditioner terlebih dahulu
Sekiranya anda memiliki rambut melepasi paras bahu, lindungi hujung rambut yang rapuh daripada kering dan rosak dengan meletakkan sedikit perapi dan bilas ringan sebelum anda menggunakan syampu. Ini bukan sahaja akan memberikan hujung rambut yang sihat, malah ia akan mengisi ruang pada kutikel dengan kelembapan, menjadikannya licin dan bersinar.
3. Lather up, tetapi hanya pada kulit kepala
Anda hanya perlu syampu rambut pada kulit kepala, terutamanya di tengkuk. CARA terbaik untuk membuihkannya adalah dari akar ke hujung. Rambut yang paling dekat dengan kulit kepala adalah yang paling muda dan mudah berminyak, manakala hujung rambut adalah yang tertua dan biasanya paling kering. Kedua-dua kawasan ini adalah kawasan rambut paling sensitif.
Dan, jangan gunakan syampu lebih daripada apa yang anda perlukan!
4. Lakukan dengan lembut
Geseran boleh merosakkan kutikel rambut anda, yang membawa kepada kerosakan dan keriting halus. Fikirkan tentang mencuci rambut anda seperti mencuci tangan halus anda – dengan berhati-hati.
Mulakan buih syampu pada akar. Tingkatkan aliran darah ke kulit kepala dan rangsang pertumbuhan rambut dengan menggunakan strok menegak dengan tekanan sederhana. Jangan gunakan pergerakan bulatan yang boleh mengusutkan rambut anda. Seterusnya, usapkan buih syampu sepanjang hujung rambut dalam gerakan mengusap lurus. Jangan gosok hujung yang rapuh ataupun gunakan gerakan depan dan belakang seperti anda mencuci kain buruk pada papan pencuci!
5. Jangan bilas dan ulang
Walau apapun arahan yang tertulis pada bahagian belakang botol syampu anda, tidak ada keperluan untuk anda mencuci rambut dua kali. Elakkan keguguran rambut dengan melakukan sekali syampu sahaja, yang biasanya sudah mencukupi.
6. Tambahkan perapi dari pertengahan ke hujung rambut
Selepas anda telah membilas syampu, perahkan air dari rambut sebelum anda meletakkan perapi. Kemudian, klipkan rambut anda sehingga anda selesai mandi, biarkan perapi dicuci pada penghujung mandi. Semakin lama perapi dibiarkan pada rambut anda, lebih baik ia menyerap. Jangan letakkan perapi pada akar rambut anda; minyak semulajadi daripada kulit kepala anda adalah lebih tertumpu di sana.
7. Selesaikan dengan bilasan air sejuk
Air sejuk akan menutup kutikel dengan ketat, yang akan memberikan cahaya dan sinaran paling ketara pada helaian rambut.
Semoga info ini bermanfaat buat semua! Jom amalkan teknik mencuci rambut yang betul mulai hari ini.