Kenali Senarai Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Malaysia adalah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Makanan di Malaysia boleh dilabel dari kategori paling mahal hingga paling murah. Jadi di sini disenarai tiga ikan paling mahal di Malaysia.

Ikan Empurau



Ikan Empurau berharga RM550 sekilogram. Ikan air tawat ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja. Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin.

Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan 'Engkabang Fruit' sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching dengan harga RM2,000 sekilogram.

Ikan Jelawat



Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut. Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.

Ikan Semah



Ikan Semah berasal dari spesis ikan Tor Labeobarbus. Ikan sungai ini hanya boleh didapati di dalam hutan dara Borneo.

Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.

Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat. 

Ikan Patin Muncung



Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram. 

Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.

Ikan Ketutu



Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.