Menakjubkan! Tangan Bayi Pramatang Hanya Sebesar Cincin

Di Hull, Britain, seorang bayi perempuan yang dilahirkan pramatang memiliki saiz badan sangat kecil aje sehingga tangan dia pun muat dengan cincin perkahwinan bapa dia. Kecikkkknya tangan dia, geram cek tengok! Hihihii..



Baby girl tu namanya Mollie Perrin yang dilahirkan pada 27 April lalu iaitu 13 minggu lebih awal telah disahkan menghadapi masalah pada plasenta ketika dalam kandungan.

Doktor bagitau mak bapak baby girl tu, Stephanie, 34, dan James, 38, bayi diorang maybe tak dapat hidup melebihi tiga minggu. Alaaa.. Kesiannya.

Sejurus dilahirkan, Mollie dengan berat hanya 482 gram dan lebih kecil daripada satu pek gula telah dikejarkan ke pusat rawatan neonatal.

Tapi sapa sangka kan Mollie berjaya mencabar jangkaan doktor apabila pada usia tiga minggu, mak bapak dia dah boleh pegang dia untuk kali pertama. Kini, pada usia 17 minggu, Mollie sudah boleh dibawa pulang ke rumah. Keajaiban!

“Saya tidak percaya Mollie akhirnya kembali kepada kami untuk dibawa pulang,” kata James.