Pelajari Tips Untuk Elak Anak Anda Diculik

Pelajari Tips Untuk Elak Anak Anda Diculik



Sejak akhir-akhir ini banyak berlakunya kes culik yang terdiri daripada kanak-kanak. Pergi sahaja ke stesen pam minyak pasti terpampar iklan mengenai kanak-kanak hilang.Disini kami cadangkan beberapa tips sebagai langkah mengatasi kes penculikan kanak-kanak.

1) Jika anak-anak anda bersendirian dirumah, pesan kepada mereka agar tidak memberitahu kepada sesiapa bahawa mereka bersendirian dirumah samada didalam panggilan telefon ataupun dilaman sosial.

2) Jika anda meninggalkan mereka sendirian dirumah, kuncilah pintu dengan baik. Pesan kepada anak-anak anda supaya tidak membuka pintu apabila orang yang tidak dikenali datang.

3) Ajari anak anda menggunakan kata laluan, dimana hanya anda dan anak sahaja mengetahuinya.

4) Pastikan anda tahu kemana anak anda keluar dan dengan siapa dia ingin bertemu sebelum memberinya kebenaran untuk keluar.

5) Penjenayah sering menggunakan gula-gula atau permainan sebagai umpan. Sebagai ibubapa, keraplah ingatkan anak-anak kita supaya tidak mengambil sebarang pemberian dari individu yang tidak dikenali.

6) Ingatkan anak-anak anda supaya tidak bermain bersendirian ditempat sunyi.Pastikan dia memilih tempat yang ramai orang.

7) Ajarkan anak anda untuk berani katakan "TIDAK" apabila ada pihak cuba melakukan sesuatu diluar jangkaannya seperti menyentuh bahagian tubuh badan yang tidak sepatutnya disentuh.

8) Berkomunikasilah dengan baik kepada anak anda.

9) Pesan kepada anak anda supaya meminta pertolongan dari pengawal keselamatan atau cari dimana mana kaunter pembayaran atau kaunter khidmat pelanggan sekiranya anda dan anak anda terpisah semasa dipusat membeli belah.

10) Elakkan meletak nama anak anda pada baju,beg,bekas makanan dan lain lain tempat bagi menghindari namanya diketahui oleh individu yang tidak dikenali.

11) Periksa latar belakang pusat penjagaan serta pesan kepada pusat tersebut bahawa tiada sesiapa dibenarkan menjemput anak anda kecuali anda sahaja.

12) Jangan meninggalkan anak anda seorang diri didalam kereta.

13) Teman anak anda jika dia mahu ke tandas awam atau bawa anak anda bersama jika anda mahu ke tandas.

14) Pastikan anak anda hafal alamat rumah, no telefon dan nama anda.

15) Pesankan anak anda agar tidak melayan sesiapa yang tidak dikenali ditepi jalan walaupun hanya bertanya untuk arah jalan. Pastikan mereka tahu jarakkan dirinya dengan individu yang tidak dikenali.