Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-Raya?

Siapa yang menyangka bahawa pendapatan seorang pengemis boleh melebihi pendapatan seorang yang bekerja.

Banyak cara digunakan oleh mereka seperti berpenampilan lusuh, menggunakan bantuan haiwan, anak kecil, malah menggunakan penyakit yang dideritainya sendiri, seperti cacat fizikal.

Amerika Syarikat



Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.

Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai 'pengemis kaya' dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dengan mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30-50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300-800 (sekitar RM900 - RM2400).

Australia



Di Sydney mengemis dilakukan oleh kaum 'homeless' atau mereka yang merempat. Seorang pengemis hanya perlu duduk selama 16 jam setiap hari sambil menadahkan tangannya di kawasan orang ramai di daerah George and Market Sydney CBD dan mereka boleh mengumpul wang sebanyak $400 sehari atau RM1,200.

Mereka memiliki pendapatan paling kurang $175 sehari. Pengemis disana menyimpan wang mereka di bank seminggu sekali.

China



Mengemis di sana bukan lagi satu cara untuk mendapatkan makanan atau meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap hari. Sebuah kajian yang dilakukan di China menyatakan, sekurang-kurangnya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou sahaja. Biasanya pengemis di sana melakukan pekerjaan itu kerana kecacatan atau penyakit yang dideritanya.

Pendapatan harian mereka secara purata sebanyak 20 hingga 100 yuan, atau RM10 hingga RM47 sehari.

Arab



Arab merupakan salah sebuah negara yang maju. Kebiasaannya pengemis-pengemis di sana memanfaatkan masa orang ramai datang ke masjid untuk solat. Seorang pengemis lelaki mengatakan biasanya dia meninggalkan isteri dan anak perempuannya di depan masjid untuk meminta sedekah. Dalam sehari dia boleh mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau RM252. Malah, ada seorang pengemis yang ditangkap dan didapati menyimpan wang sebanyak $19,300 iaitu lebih kurang RM16,227!

Rusia

Di Moscow, beberapa tempat perlindungan dan hospital adalah tempat bagi para pengemis. Pengemis-pengemis di sana biasanya mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendatang asing.

Lebih dari separuh golongan pengemis di sana berusia 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles setiap jam. Ini bermakna dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak 2000-3000 rubles (sekiranya bekerja 10 jam sehari). Pendapatan sebulan mereka boleh mencapai 80,000 rubles, atau RM8,037!

Morocco

Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai sejumlah 320,000 dirham (RM119,767) dalam akaun banknya! Dia juga mempunyai perhiasan dan rumah yang cantik.

Hasil kajian yang dijalankan, 62.4% pengemis di sana adalah pengemis-pengemis profesional. Mereka mampu mengumpulkan sekitar 200 dirham atau RM74.80 sehari. Purata pengemis di sana mendapat 6000 dirham (RM2,245) sebulan.