Teknik Mandi 90 Saat Ini Bagus Untuk Badan. Wajib Cuba!

TEKNIK ‘MANDI 90 SAAT’ INI BAGUS UNTUK BADAN. WAJIB CUBA!


Sekiranya anda tidak dapat melalui hari tanpa satu, dua, tiga, ataupun lebih cawan kafein, sudah tiba masanya untuk anda melakukan pelarasan tenaga! Entrepreneur telah mendapati bahawa dengan melakukan trik ‘Mandian 90 Saat’ sebagai rutin mandian harian adalah bagus untuk badan anda secara menyeluruh.

Lakukan rutin yang biasa anda lakukan — air panas, syampu, perapi, membasuh, mencukur, dan lain-lain, tetapi sebelum anda melangkah keluar, cuba lakukan trik hidroterapi panas dan sejuk ini:

1) Buka shower air sejuk sekuat yang mungkin, dan berdiri di bawah air itu selama 30 saat.

2) Kemudian, beralih kepada air panas — panas yang boleh anda tahan — untuk 30 saat. Ia akan membuka kapilari, meningkatkan aliran darah dan menyediakan rangsangan deria.

3) Akhir sekali, kembali kepada air sejuk untuk satu lagi pusingan selama 30 saat.

Bukan sahaja anda akan menjadi segar dan bersedia untuk melalui hari anda, tetapi pelbagai kajian menunjukkan bahawa teknik ini juga boleh membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak, dan juga membantu melawan kemurungan.

Sumber : wanista.com