Burger Paling Pedas Di Dunia Wajib Pakai Sarung Tangan Ketika Makan!
Sehingga kini, rasanya masih belum ada rekod burger terpedas di dunia yang tercatat di dalam Guinness World of Records.
Namun jika ada, penghargaan tersebut pastinya diraih oleh restoran Atomic Burger di Bristol, England.
Disebabkan pedasnya, pelanggan diwajibkan memakai sarung tangan dan menandatangani perjanjian sebelum memakan Atomic Burger.
Dengan nama Atomic Burger Fallout, burger terpedas tersebut disajikan dengan sambal yang diperbuat dari dua jenis cili paling pedas di dunia, demikian seperti yang dilaporkan Huffington Post.
Selain rasa pedasnya, burger ini juga cukup aneh. Sebabnya kerana bukan memakai roti, sebaliknya menggunakan hirisan pizza sebagai salah satu bahan utamanya.
Atomic Burger telah melancarkan 'Fallout Challenge' bagi sesiapa sahaja yang boleh menghabiskan burger terpedas dalam masa sejam.
Jika berjaya, pemenang akan diberikan hadiah baju dan namanya akan dicatatkan di dalam Wall of Flame. Beberapa syarat untuk menyertai cabaran tersebut ialah, berusia 18 ke atas, waras, sukakan rasa pedas, memakai sarung tangan dan tidak akan membuat dakwaan di mahkamah.
Kira-kira sepuluh orang peserta dikalangan ratusan pelanggan yang mahu mencuba cabaran itu. Salah seorang daripadanya adalah Jess James, tetapi gagal menghabiskan burger terpedasnya dalam masa satu jam.
"Rasa pedasnya bertahan lama. Setiap kali dimakan, pedasnya semakin terasa. Setiap gigitan seperti berada di neraka. Tetapi rasanya sungguh enak", akuinya.