Tiba-tiba sahaja si kecil meragam, bila sentuh badannya panas lain macam. Siapa tidak risau bila anak demam terutamanya kalau masih bayi.
Kasihan melihat anak meragam dan merengek. Demam biasa adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Tetapi kalau bayi berusia enam bulan ke bawah demam, anda perlu lebih risau kerana agak jarang bayi seawal usia tersebut mengalami demam panas, ia mungkin petanda ada sesuatu yang tidak kena.
Untuk memastikan keadaan demam anak adalah terkawal dan suhu badannya tidak terlalu tinggi, anda perlu buat perkara berikut. Ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 39 darjah C boleh menyebabkan anak mendapat serangan sawan.
Menerusi pama.karangkraf.com, kami kongsikan 10 perkara yang ibu bapa harus lakukan sekiranya anda terkena demam panas.
1. Guna termometer untuk pantau suhu
Bila ada anak, termometer adalah benda wajib yang mesti ada. Anda boleh beli di mana-mana farmasi atau kedai barangan bayi. Sebaiknya guna termometer digital yang mudah membaca suhu badan anak. Ambil bacaan suhu badan dengan meletakkan termometer di ketiaknya sehingga berbunyi bip apabila suhu telah diambil.
Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. Suhu normal adalah 36.7 darjah C, kalau bacaan lebih tinggi daripada itu anda perlu berusaha untuk menurunkan suhu badan anak.
2. Bawa berjumpa doktor
Sebaiknya bawa anak segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut terutamanya sekiranya bayi berusia bawah enam bulan. Jika bayi berusia di bawah tiga bulan dan bacaan suhu badannya 38 darjah C atau lebih memang wajib bawa berjumpa doktor.
3. Turunkan suhu badan anak
Tugas anda apabila tahu anak diserang demam adalah menurunkan suhu badannya. Ini untuk mengelakkan anak boleh diserang sawan jika suhu badan terlalu tinggi. Cara untuk menurunkan suhu badan adalah memandikan anak dengan air paip biasa (jangan guna air suam), mengelap badan anak dengan tuala basah terutama di bahagian ketiak, celah peha, kaki dan biarkan anak hanya pakai lampin pakai buang sahaja.
Jika suhu badan anak anda melebihi 39 darjah C, dia mungkin akan ditahan di dalam wad untuk dimasukkan air bagi menggantikan cecair yang banyak hilang dari badan serta menurunkan suhu badannya.
4. Beri ubat demam
Beri anak anda minum ubat demam (paracetamol) kanak-kanak mengikut sukatan betul yang telah ditetapkan oleh doktor anak anda.
5. Tak perlu selimut atau baju tebal
Ada orang suka pakaikan anak mereka dengan baju tebal atau baju berlengan panjang dan menyelimutkan anak ketika demam. Ia tindakan yang salah dan hanya akan membuatkan suhu badan anak semakin tinggi dan badan terus panas! Lebih baik anda tak pakaikan mereka baju. Jangan risau mereka akan kesejukan. Jika hendak pakaikan baju, pilih pakaian diperbuat daripada kain kapas dan jenis singlet berlubang. Ini untuk membantu suhu badan cepat ke paras normal.
6. Pastikan suasana sejuk
Jika tidur di dalam bilik, pastikan biliknya bersuhu sejuk. Tidak semestinya menggunakan penghawa dingin, kipas juga memadai. Yang penting suasana bilik perlu sejuk, nyaman dan tenang.
7. Teruskan menyusu
Jika bayi anda menyusu susu ibu, beri dia susu sekerap yang boleh. Tak perlu tunggu dua atau tiga jam sekali. Makin kerap anda menyusukan bayi, makin cepat antibodinya terbina untuk melawan dengan virus demam kerana susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi.
Bahkan bayi yang semakin kerap menyusu susu ibu ketika demam juga memberikan petunjuk baik yang demamnya adalah demam biasa dan anda tak perlu risau. Tetapi sekiranya bayi menolak susu ibu, asyik menangis, lemah dan tidak aktif maka anda perlu risau.
8. Beri anak banyak air
Sekiranya anak sudah mula makan, pastikan beri dia minum banyak air dan makan makanan bercecair seperti sup atau bubur nasi. Selain air masak, boleh juga beri anak minum jus buah yang dibuat sendiri, yogurt dan aiskrim vanila bagi mengurangkan sakit tekak dan panas badannya.
9. Dampingi anak
Jangan biarkan anak yang demam tidur bersendirian. Pastikan ibu atau ayah ada di sisi terutama ketika waktu malam untuk memastikan anda boleh memantau perkembangan anak. Ini kerana suhu badan anak demam panas akan lebih cepat naik pada waktu malam. Jadi mudah untuk anda mengambil tindakan sekiranya suhu badannya bertambah tinggi.
10. Berdoa kepada Allah
Selepas berusaha merawat demam anak, sebagai orang Muslim sudah tentu anda tidak akan putus berdoa kepada Allah kerana hanya dia yang layak menyembuhkan segala penyakit. Bacalah surah Al-Fatihah, selawat syifa’ dan doa ini “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka.”