6 Helah Kekal Bahagia Walau Single, Tiada Kekasih!

Tags

6 HELAH KEKAL BAHAGIA WALAU SINGLE, TIADA KEKASIH!


Hidup bersendirian ataupun single bukanlah suatu hal yang teruk. Ia juga tidaklah membosankan dan memalukan! Percayalah, sebenarnya anda harus berbangga dan gembira kerana sekurang-kurangnya anda bebas melakukan apa sahaja yang ingin anda lakukan.

Kami dedahkan 6 helah yang boleh digunakan sekiranya terdapat individu yang mempersoal status single anda!

#1 | Belum Bersedia & Takut Dilukai

Tiada siapa yang akan mempertikai status anda sekiranya anda masih belum bersedia dan takut jika dilukai sekali lagi. Ini kerana, ramai yang tahu pekara seperti ini memang mengambil sedikit masa untuk pulih seperti sediakala. Jadi, mungkin anda memerlukan waktu untuk membuka pintu hati dan mempercayai seseorang sekali lagi.

#2 | Fokus Pada Kerjaya

Usia anda yang masih muda memerlukan anda lebih fokus pada kerjaya sebagai jaminan masa hadapan, soal pasangan boleh diletakkan di tempat kedua.

#3 | Tidak Perlu Menjaga Hati Seseorang

Terlalu sibuk menjaga hati seseorang juga boleh menyebabkan anda rimas dan tidak selesa. Oleh itu, lebih baik anda membuat keputusan untuk menjaga hati sendiri sahaja.

#4 | Masa Untuk Mengenali Diri

Di usia muda adalah masa yang paling sesuai untuk anda mengenali diri dengan lebih mendalam. Cara ini dapat membuatkan anda menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Jadi, tiada salahnya jika anda mengambil sedikit masa untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu sebelum membiarkan orang lain mengenali diri anda pula.

#5 | Tidak Mahu Terikat Dengan Komitmen

Bila terlalu sibuk mengejar cita-cita di usia muda, pasti sukat untuk memberikan komitmen kepada benda sampingan. Untuk mengelakkan dari daripada melukai hati seseorang, anda berhak membuat keputusan untuk tidak terikat dengan sebarang komitmen yang akan menghadkan pergerakan dan perjalanan anda untuk mengejar kejayaan.

#6 | Ingin Belajar Bahagia Sendiri

Jika panggilan ‘single’ itu membahagiakan diri anda, jadi apa salahnya anda membuat keputusan untuk berdikari dan berbahagia sendiri. Cara ini dapat mengelakkan diri daripada terus disakiti dan memastikan anda sentiasa dalam mood positif.

 Sumber: Remaja Karangkraf

Artikel Terkait