Seakan Memakai Seluar Pendek: Rozita Che Wan Dikecam Peminat

Seakan Memakai Seluar Pendek: Rozita Che Wan Dikecam Peminat



Sedang bercuti bersama keluarga di London, hampir setiap hari Rozita Che Wan akan berkongsi foto percutian beliau bersama peminat di akaun Instagram miliknya. Ramai yang memuji kejelitaan Che Ta dan imej keluarga bahagia beliau.

Namun, ada satu foto beliau telah mendapat perhatian ramai dan ia dikecam oleh peminat dimana Che Ta kelihatan seperti memakai seluar pendek bersama sepasang kasut boots.

Walaubagaimanapun, Che Ta sebenarnya tidak memakai seluar pendek tetapi skinny pants yang berwarna kulit yang memperlihatkan beliau seperti tidak berseluar. Ramai yang mula menganggap bahawa Che Ta tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan hanya ingin mengikut fesyen sahaja.



Apa-apa pun diharap selepas ini Rozita Che Wan akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian beliau. Meskipun tidak menggayakan sesuatu yang seksi tetapi kadang-kala kita tidak sedar ia mampu mengundang fitnah jika orang ramai melihatnya lapor Beautifulnara.