10 Restoran Makanan Laut Paling Sedap Di Sekitar Kuala Lumpur & Shah Alam

Tags

10 RESTORAN MAKANAN LAUT PALING SEDAP DI SEKITAR KUALA LUMPUR & SELANGOR



Sedapnya dapat makan makanan laut, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng cili, kerang bakar dan pelbagai lagi. Tapi dekat mana restoran makanan laut yang paling best dan sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Wanista senaraikan.

1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor


Rata-rata yang datang ke sini memberikan respon dan feedback baik terhadap restoran ini. Menariknya restoran ini mengadap laut, jadi kalau nak tengok matahari terbenam sini memang cantik. Tempat besar dan mempunyai pelbagai pilihan makanan laut ada di sini, harga juga murah dan paling penting sedap dan berbaloi. Mesti cuba, ketam masak cili, udang tumis petai dan macam-macam lagi.

Aroma Ikan Bakar, Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor

2. Restoran Lala Seafood, Kg Baru


Restoran Lala Seafood yang terletak di Kg Baru ini merupakan restoran Thailand jadi di sinilah tempat anda ingin menikmati makanan Thai. Menariknya Lala Seafood ketengahkan konsep rumah kampung, mempunyai 2 bahagian sama ada ada mahu makan di tempat airconditioner atau kipas sahaja. Yang sedap di sini semestinya tomyam seafood yang mempunyai portion agak besar dan isi yang banyak, langsung tidak kedekut. Pencuci mulut seperti pulut mangga juga sedap dan manis.

Restoran Lala Seafood, 154, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

3. Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi


Restoran ini merupakan sebuah restoran eksklusif terapung di atas tasik dengan susun atur meja serta peralatan persis hotel selain menawarkan satu suasana baru yang menarik tetapi dengan harga murah. Antara menu utama di Restoran Makanan Laut D’Tasik ialah himpunan makanan laut yang segar termasuk hidangan ala carte seperti tom yam seafood, udang mentega, sotong celup tepung selain daging dan ayam masak merah.

Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
Bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Hubungi: 03-8922 2088 sambungan 8031 atau e-melkan untuk tempahan ke businessc@residenceatuniten.com.

4. Suraya Seafood, Kg Baru


Selain Lala Seafood, satu lagi tempat makan makanan laut yang best di Kg Baru ialah Suraya Seafood. Sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang berkunjung makan di situ. Pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan banyak boleh didapati di sini, harga mengikut saiz yang anda pilih. Tempat agak terhad jadi kena datang awal. Mesti cuba nasi bubur berlauk, pulut mangga, nasi dagang, kerang bakar dan pelbagai lagi.

Suraya Seafood
Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

5. Nuri Seafood, Kg Baru


Siapa pernah ke Nuri Seafood yang juga terletak di Kg Baru, restoran yang simple tetapi makanan memang sedap. Makanan di sini original dari Thai, malah kesemua pekerja sampailah chef orang Thai. Mesti cuba ikan kembung masak kerabu, tomyam seafood juga sangat pekat, udang celup tepung, sayur kailan ikan masin yang segar dan pelbagai lagi.

Restoran Nuri Seafood
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

6. Restoran Puteri Ayu, Shah Alam


Menariknya restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan jadi sudah semestinya makanannya sedap dan enak sekali. Mempunyai pelbagai pilihan. Tomyam seafood di sini sedap dan pekat, sotong bakar berempah, siakap bakar dan juga pencuci mulut bahtera ayu ice cream, lagi satu air minuman istimewa mango special dan honeydew special.

Restoran Puteri Ayu
Jalan Padang Jawa (Padang Jawa), Shah Alam, Selangor

7. Restoran Terapung HM Sri Bagan


Restoran ini berkonsepkan terapung, tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam. Makanan laut kesemuanya segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap makanan laut juga murah dan berpatutan. Jika ke sini, anda mesti cuba ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai, ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.

Restoran Terapung HM Sri Bagan
Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
No. Telefon : 03-31412895

8. Restoran Intai-Intai, Ampang


Restoran ini pernah memasuki rancangan Jalan Jalan Cari Makan 2009, menjanjikan kesedapan dan kenakan rasa setiap hidangan. Mungkin tempatnya agak tersorok menyebabkan anda susah mahu mencarinya. Konsep restoran ini sangat romantik jadi bolehlah datang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama yang tercinta. Antara yang menarik ialah kerabu mangga, tomyam seafood campur sangat pekat, ayam masak bercili ala Thai, pucuk paku goreng belacan, jus mangga, nasi goreng seafood, suhun goreng.

Restoran Intai-Intai
Backyard Lot 378, Jln Ampang Hulu Kelang, MRR2 Highway, 68000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

9. Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor


Restoran ini terletak betul-betul di tepi laut. Mempunyai banyak menu dan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan harga juga berpatutan. Jika anda sudah pilih makanan laut, cuba antara menu ini udang goreng kunyit, lala masak tiga rasa, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, mentarang masak halia, ikan siakap bakar.

Restoran Nur Cahaya Seafood
Pantai Remis, Jeram

10. Seafood@River VIEW, Kuala Selangor


Boleh dikatakan tempat yang paling enak menyajikan makanan laut dari ketam. Di sini anda boleh lihat kelip-kelip sambil menikmati hidangan, memang cantik. Apa yang menarik dan best di sini, lala masak cili, udang butter, sotong masak Thai, dan yang paling the best ialah crab with milk.

Seafood@River VIEW
1. Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
+60 3-3289 2238

Credit : www.wanista.com

Artikel Terkait