5 Kesilapan Terbesar Yang Ibu Bapa Lakukan Dalam Mendidik Anak

5 Kesilapan Besar Mendidik Anak



1. Suka membebel dan mengkritik ;  Sifat ibu bapa seperti ini menyebabkan anak tidak selesa dan tiada ketenangan. Ibu bapa boleh mengkritik kemudian tunjuk kepada mereka apa yang patut mereka lakukan bukan hanya mengkritik mencari salah tanpa memberi tunjuk ajar. Barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina.

2. Tidak menjadi pendengar yang baik ; Apabila anak menjadi dewasa, mereka cuba rahsiakan banyak perkara dari ibu bapa antara sebabnya kerana luahan dan keluhan hati mereka tidak diberi perhatian. Ibu bapa merasakan aspek ini tidak penting lantas menyebabkan anak-anak lebih suka berkongsi dengan kawan-kawan.

3. Kesilapan merendahkan kebolehan anak ;  “Anak saya ni Cik Nab.. tak tahu apa lagi saya nak buat, malas betul nak belajar, tak nak dengar cakap” Itu salah satu contoh ungkapan. “Kau ni besar nanti nak jadi apa? dah lah malas, degil pulak!”  Merendahkan kebolehan anak ketika ibu bapa sedang marah.  Kata-kata semacam ini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya bila sentiasa diulang-ulang dan menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.

4. Membanding-bandingkan ; Contoh perbandingan –“ Apa nak jadi dengan kamu ni, tengok Abu tu setiap petang balik sekolah mesti mandi, solat dan terus belajar. Tak macam kamu, apa nak jadi  ntah!” Contoh yang tiada langsung unsur perbadingan – “ Waktu main, mainlah puas-puas tapi bila tiba waktu belajar, waktu solat buat lah. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat mandi sebelum belajar. Badan pun segar. Baru lah boleh berjaya kerana orang yang berjaya sentiasa menepati waktu. Betul tak? Jadi cari lah jalan yang terbaik ketika memarahi anak tanpa membandingkan supaya tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.

5. Marah anak tak kena tempat ; Tidak salah marah anak demi kebaikannya kita harus pastikan marah itu kena pada orang, cara, tempat, masa dan subjeknya. Kite tidak boleh marah secara melulu sahaja. Apabila anak-anak berterus terang akan tindakan mereka lakukan, kita jangan lah terus memarahi mereka kerana tanpa disedari menutup pintu perbincangan tersebut. Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan  apa tindakan yang perlu dibuat. Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.

Artikel Terkait