Cara Memutihkan Ketiak Dengan Menggunakan Buah Anggur

CARA PUTIHKAN KETIAK GUNA BUAH ANGGUR



Saat anda mengenakan pakaian, dan terlihat kulit bawah lengan yang gelap, pasti ia akan menimbulkan rasa kurang senang dan mengurangkan keyakinan diri anda. Terdapat banyak produk yang dijual di luar sana bagi merawat masalah ketiak hitam, namu hasilnya tetap mengecewakan.

Di sini, kami ingin kongsikan cara memutihkan ketiak dengan menggunakan bahan semulajadi, iaitu buah anggur. Anggur mempunyai pelbagai bahan semulajadi yang ternyata berfungsi sebagai ejen peluntur dan pemutih kulit. Cara ini sangat MUDAH dan juga murah, selain tidak memberikan kesan buruk kepada kulit anda.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu sediakan cairan anggur dan jus lemon. Dengan menggunakan kapas, oleskan larutan tersebut sekurang-kurangnya 3 kali dalam sehari. Anda akan melihat perubahan yang baik dalam masa 2 minggu, dimana ketiak yang hitam akan beransur cerah. Namun, ketika menjalani rawatan ini, anda dinasihatkan agar tidak mencukur bulu ketiak dengan alat pencukur atau menggunakan krim penghilang bulu. Waxing merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Selain cara di atas, anda juga boleh sediakan mask untuk ketiak, menggunakan kulit anggur. Hancurkan kulit anggur sehingga membentuk pes dan oleskan pada ketiak anda. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Mask ini bukan sahaja akan mencerahkan, namun ia juga akan menjadikan kulit ketiak anda lebih licin dan tegang. Dengan pemakaian yang kerap, anda dapat lihat perubahan yang cukup memuaskan.