Tips & Petua Untuk Menambahkan Berat Badan Dengan Cepat

Petua Untuk Menambahkan Berat Badan





1. Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi. Anda juga boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi. Minum satu gelas susu setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5. Bersenam secara teratur. Lakukan senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan, 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika anda menjalani proses menambahkan berat badan.

6. Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan, kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.

Artikel Terkait