Ini Yang Kebanyakan Rakyat Malaysia Mahukan Tetapi Mustahil Untuk Dilaksanakan



1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

9. Segelintir Rakyat Malaysia mahu tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yang sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai banyak konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan banyak kematian.

*Belajar makna SYUKUR dilahir, dibesar, dididik, diberi, mencari rezeki & beribadah di bumi Malaysia. Renungkan lah...

Artikel Terkait