Punca Dan Solusi Untuk Penyakit Buah Pinggang
Penyakit buah pinggang sangat berbahaya buat kesihatan dan sudah pasti anda mahu terselamat daripada menghidapinya.
Berikut beberapa tips yang boleh kita sama-sama praktik bagi mencegah penyakit buah pinggang ini.
Minum Air Putih Secukupnya
Terdapat sumber menyatakan, penyebab utama masalah penyakit buah pinggang adalah dehidrasi. Mineral daripada makanan yang dimakan, seperti kalsium, oxalate atau fosfat akan jadi seperti kristal disebabkan cecair dalam tubuh tidak mencukupi untuk mencairkannya. Pesakit buah pinggang perlu mengambil air putih sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Urin atau air kencing yang berwarna gelap merupakan tanda dehidrasi dan pesakit yang sihat menghasilkan sekitar setengah gelan air kencing setiap hari
Kurangkan Pengambilan Garam
Diet tinggi natrium atau garam boleh mengundang penyakit batu karang kerana meningkatkan jumlah kalsium dalam urin anda. Jika anda memiliki keturunan penyakit batu karang, sebaiknya anda menjaga pengambilan natrium kurang dari 1.500 mg per hari dengan menghilangkan makanan olahan dan menghindari menggunakan garam ketika menikmati hidangan.
Kalsium
Meskipun sebahagian besar penyakit buah pinggang ini disebabkan oleh kalsium, namun anda tidak harus menghilangkan kalsium dari diet. Menurut saranan yang dibuat oleh National Institutes of Health, orang dewasa yang sihat perlu mengambil 1.000 sampai 1.300 mg kalsium per hari. Namun, jika anda memiliki penyakit keturunan buah pinggang ini, dokter mungkin menyarankan anda mengambil kalsium hanya sekitar 800 mg.
Protein
Makan diet tinggi protein haiwan seperti daging merah, dan telur boleh meningkatkan tahap asid urat dalam tubuh, yang telah terbukti boleh menyebabkab penyakit buah pinggang.Makanan ini juga boleh mengurangkan khasiat, zat kimia dalam urin yang membantu mencegah batu daripada membentuknya.
Sumber : http://www.wom.my/kesihatan/