10 Petua Bagaimana Untuk Hilangkan Penyakit Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Namun tak rama yang tahu bagaimana cara yang paling berkesan untuk hilangkan panau yang dihidapi. Disini GK ingin kongsikan tips untuk hilangkan panau.




1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihat apa hasinya dalam beberapa hari.

2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena penyakit panau hingga kulit terasa perit dan merah. Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Atau, tumbuk beberapa helai daun lengkuas,ambik airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali, untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

4. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

5. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campur dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudia tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

6. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

7. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang.Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

8. Ambik air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulangkali sehingga berhasil.

9. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

10. Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

Artikel Terkait